Resipi Turkish Delight Bahan-bahan: 2 cawan gula 2 cawan air 1 sudu kecil jus lemon 3/4 cawan tepung jagung 1 sudu kecil cream of tartar 1 sudu kecil esen vanilla atau perisa strawberry atau apa-apa perisa yang digemari atau pun 1/2 sudu besar rose water 2 titik perwarna merah atau apa-apa warna yang digemari 50g Pistachio - kisar kasar (optional) Untuk dusting: 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar gula icing Cara penyediaan:
Buka api sederhana kecil.
Masukkan gula, 3/4 cawan air dan jus lemon ke dalam pan.
Kacau rata sehingga gula hancur.
Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala selama 10 minit. Ketepikan.
Di dalam non stick pan yang lain, masukkan tepung jagung, cream of tartar dan 1 1/4 cawan air. Kacau sebati.
Letakkan pan atas dapur dengan api kecil sambil terus di kacau supaya tidak berketul-ketul.
Setelah bancuhan menjadi likat, tuangkan sedikit demi sedikit air gula hingga habis sambil terus di kacau.
Kemudian biarkan selama 40 minit dan setiap 15 minit, kacau rata seketika.
Setelah 40 minit, bancuhan akan menjadi warna keemasan, tutup api.
Kacau rata seketika, tuangkan perwarna dan perisa, kacau sebati.
Taburkan pula pistachio dan kacau sebati.
Kemudian tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar atau aluminum foil.
Rata-ratakan dan biarkan terbuka semalaman pada suhu bilik.
Campurkan tepung jagung dan gula icing di dalam bekas, kemudian taburkan sedikit ke atas papan pemotong.
Keluarkan Turkish Delight daripada loyang dan letakkan di atas papan pemotong.
Potong Turkish Delight bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan campuran tepung dan gula tadi.
Boleh terus dihidangkan dan sekiranya hendak menyimpannya, simpan di dalam air tight container dengan lebihan campuran tepung jagung dan gula icing tadi.
Resipi Nutella Ferrero Rocher Oreo Cheesecake (untuk penyediaan pan 6") Bahan-bahan: 1 pack Oreo 137g - ketepikan cream putih 2 sudu besar mentega - dicairkan 250g cream cheese - biiarkan pada suhu bilik 250g Nutella 3-4 sudu besar Nutella - untuk topping 100g sour cream 1 sudu kecil gelatin 1 sudu besar air sejuk 5-8 Ferrero Rocher Cara penyediaan:
Oleskan mentega pada permukaan dalam pan dan lapik dengan baking paper.
Kisar Oreo hingga halus dan gaulkan sebati dengan mentega.
Masukkan ke dalam pan dan tekan-tekankan hingga padat.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Pukul cream cheese dengan mixer hingga gebu dan berkrim.
Kemudian masukkan Nutella dan sour cream, adun hingga sebati.
Tuangkan air sejuk ke dalam bekas yang berisi gelatin. Biarkan seminit.
Kemudian cairkan gelatin tadi dengan menggunakan microwave atau double boiler.
Tuang cairan gelatin ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan spatula hingga sebati.
Keluarkan pan daripada peti sejuk dan tuangkan bancuhan ke dalam pan. Padatkan dan ratakan.
Masukkan balik ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 3 jam.
Cairkan Nutella di dalam microwave selama 30 saat.
Tuang dan ratakan pada permukaan kek, kemudian letakkan ferrero rocher di atasnya.
Boleh terus terus dihidang atau sebaik-baiknya dibiarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Resepi Pisang Goreng Pandan Bahan-bahan : 1/2 sikat Pisang Nangka 10 sudu besar Tepung Beras *1 cawan air pandan **kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis 5 sudu besar Tepung Gandum 1 sudu besar Tepung Jagung 1 biji Telur (optional) Sedikit pewarna makanan hijau (optional) Sedikit Garam Cara penyediaan:
Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit garam ke dalam mangkuk.
Gaul hingga sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
Masukkan beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata.
Panaskan minyak.
Celupkan pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang hingga nampak garing kehijauan.
Pukul telur kuning dan 2 sudu besar gula dalam mangkuk perlahan-lahan dengan whisk.
Di dalam periuk kecil, masukkan cream, vanilla dan 2 sudu besar gula.
Masak dengan api kecil sambil kacau perlahan-lahan sehingga gula hancur.
Bila cream sudah panas (tak perlu tunggu hingga mendidih), tuangkan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk bancuhan telur sambil terus dikacau sehingga sebati.
Sediakan remekin di dalam baking pan dan tuangkan bancuhan tadi ke dalam remekin (cukup sekadar hampir penuh).
Tuangkan air panas perlahan-lahan ke dalam pan sehingga air berada sama paras dengan 2/3 ketinggian remekin. *pastikan air panas tidak tertuang ke dalam remekin.
Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga permukaan bancuhan berwarna kuning gelap.
Sejukkan pada suhu bilik dalam 30 minit.
Kemudian tutup remekin dengan cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
Creme brulee boleh dihidangkan selepas sekurang-kurangnya 3 jam didalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 3 hari.
Cara hidangan:
Keluarkan cling wrap
Taburkan satu sudu besar gula di atas permukaan creme brulee dan ratakan
Gunakan torch (jarakkan 3-4 inci dari remekin) untuk membakar gula tersebut sehingga gula menjadi perang kehitaman
Sekiranya tiada torch, boleh gunakan kaedah 'broiler' atau pun panaskan belakang sudu di atas dapur sehingga betul-betul panas kemerahan dan seterusnya lalukan di atas permukaan gula.
Resepi Chocolate Brownies Bahan-bahan: Bahan A: 170g Dark Chocolate 90g Mentega 5 sudu besar Serbuk Koko *Cairkan dengan kaedah double boil Bahan B: 100g Tepung Gandum 1/4 sudu kecil Garam 1/4 sudu kecil Baking Powder * Ayak sekali Bahan C: 2 biji Telur 1 biji Kuning Telur 180g Gula Caster 1 sudu kecil Esen Vanilla * Pukul telur dan gula dengan mixer sehingga sebati dan masukkan vanilla Cara penyediaan:
Mulakan dengan bahan A
Panaskan oven 180°C
Kemudian sediakan bahan C dan masukkan bahan A. Kacau rata dengan spatula
Masukkan bahan B dan kacau rata dengan spatula hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar
Resepi Pisang Goreng Bali (Untuk hidangan: 5 biji pisang) Bahan-bahan: 5 biji Pisang Nangka (kalau boleh gunakan pisang yang hampir nak masak). 2 sudu besar Marjerin atau Mentega 1 ½ sudu besar Gula Kelapa parut Gula merah Cara penyediaan:
Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
Panaskan marjerin/mentega dalam kuali non-stick.
Bila dah cair, masukkan gula & kacau hingga gula bertukar keperangan (caramelized).
Masukkan pisang dan masak pisang dengan membalik-balikkannya hingga bersalut dengan gula dan nampak keperangan.
Susun dalam pinggan dan hidangkan bersama kelapa parut dan gula merah.
Jika sukar mendapatkan Double Cream, bolehlah di gantikan dengan 450 ml Heavy Cream + 50 ml Susu
ATAU
500 ml Whipping Cream tanpa di tambah susu (saya guna brand Pauls kerana whipping cream nya pekat sedikit daripada jenama lain)
Cara penyediaan:
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk. Biarkan selama 1 minit (tak perlu di kacau)
Masukkan cream, susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana (sambil kacau perlahan-lahan untuk menghancurkan gula) sehingga bancuhan hampir mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan esen vanilla dan gelatin tadi ke dalam bancuhan. Kacau gelatin dan bancuhan sehingga sebati. Tutup api.
Tapis bancuhan tadi dan masukkan ke dalam remekin atau mangkuk kecil (kaca atau plastik).
*Tips: bilas remekin dengan air sejuk dan tak perlu di lap untuk memudahkan bancuhan dikeluarkan ketika dihidangkan
Biarkan seketika pada suhu bilik (lebih kurang 1/2 jam)
Tutup remekin dengan plastik (cling wrap) dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam dan kemudian boleh dihidangkan.
Cara hidangan:
Boleh terus dimakan daripada remekin atau mangkuk kaca/ plastik.
ATAU
Keluarkan daripada remekin; keluarkan plastik, rendam remekin dalam air panas selama 5 saat (jangan lebih, nanti Panna Cotta akan cair). Terbalikkan remekin ke dalam piring/ mangkuk. Jika susah hendak keluar, lalukan pisau disekeliling remekin.
Bolehlah dihidangkan dengan sos kegemaran seperti strawberry, blueberry, chocolate dsb..