Resepi Crème Brûlée
(Untuk hidangan: 5 bekas remekin bersaiz 3")
Bahan-bahan:
3 biji telur kuning (saiz L)
250ml whipping cream (saya guna jenama Pauls)
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan:
- Panaskan oven 160°C.
- Pukul telur kuning dan 2 sudu besar gula dalam mangkuk perlahan-lahan dengan whisk.
- Di dalam periuk kecil, masukkan cream, vanilla dan 2 sudu besar gula.
- Masak dengan api kecil sambil kacau perlahan-lahan sehingga gula hancur.
- Bila cream sudah panas (tak perlu tunggu hingga mendidih), tuangkan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk bancuhan telur sambil terus dikacau sehingga sebati.
- Sediakan remekin di dalam baking pan dan tuangkan bancuhan tadi ke dalam remekin (cukup sekadar hampir penuh).
- Tuangkan air panas perlahan-lahan ke dalam pan sehingga air berada sama paras dengan 2/3 ketinggian remekin. *pastikan air panas tidak tertuang ke dalam remekin.
- Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga permukaan bancuhan berwarna kuning gelap.
- Sejukkan pada suhu bilik dalam 30 minit.
- Kemudian tutup remekin dengan cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
- Creme brulee boleh dihidangkan selepas sekurang-kurangnya 3 jam didalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 3 hari.
- Keluarkan cling wrap
- Taburkan satu sudu besar gula di atas permukaan creme brulee dan ratakan
- Gunakan torch (jarakkan 3-4 inci dari remekin) untuk membakar gula tersebut sehingga gula menjadi perang kehitaman
- Sekiranya tiada torch, boleh gunakan kaedah 'broiler' atau pun panaskan belakang sudu di atas dapur sehingga betul-betul panas kemerahan dan seterusnya lalukan di atas permukaan gula.
No comments:
Post a Comment