Showing posts with label MASAKAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN MELAYU. Show all posts

RENDANG SOTONG SUMBAT


Resipi Rendang Sotong Sumbat 

Bahan-bahan:

1 paket Perencah Rendang Adabi
800 ml santan
6-8 ekor Sotong
Segenggam bayam
1/2 batang carrot - dipotong halus
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
3 helai daun limau purut

Cara penyediaan Sotong Sumbat:
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun didalam pan.
  2. Masukkan carrot, kacau rata dan biarkan sebentar.
  3. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
  4. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam pan dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). 
  5. Masukkan bayam dan gaul sebati. Ketepikan.
  6. Sumbatkan telur tadi kedalam sotong padat-padat. 
  7. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.
  8. Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan sotong sumbat tadi ke dalam periuk selama 3 minit.
  9. Angkat sotong, toskan.


Cara penyediaan Kuah Rendang:
  1. Masukkan santan dan perencah rendang ke dalam periuk. Gaul sebati.
  2. Masak di atas api yang kecil.
  3. Biarkan hingga kuah menjadi pekat dan keluar minyak dengan sekali-sekala dikacau.
  4. Masukkan daun limau purut dan kacau sebati.
  5. Masukkan sotong sumbat, gaul perlahan-lahan dan balik-balikkan sotong supaya sebati dengan kuah rendang.
  6. Biarkan selama 3-4 minit dan bolehlah dihidangkan.





SOTONG BAKAR ASAM PEDAS ALA PORTUGIS


Resepi Sotong Bakar Asam Pedas Ala Portugis

Bahan-bahan:


5 ekor sotong
1 paket perencah asam pedas Adabi
3 batang batang bendi - hiris menyerong
1 biji tomato - potong 8 bahagian
1 ikat daun kesum
Daun pisang
Kertas aluminium

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis perencah asam pedas lebih kuang seminit.
  2. Letakkan daun pisang di atas kertas aluminium.
  3. Sapukan perencah asam pedas di atas daun pisang.
  4. Letakkan sotong dia atas perencah tadi.
  5. Sapukan perencah di atas sotong dan lumurkan sekeliling sotong.
  6. Tutup sotong dengan daun pisang diikuti kertas aluminium.
  7. Bakar selama 3 minit. 
  8. Buka kertas aluminium dan daun pisang, masukkan tomato, bendi dan daun kesum.
  9. Tutup balik dan bakar lagi 3 minit.
  10. Buka bungkusan dan siap untuk dihidangkan.


AYAM PERCIK


Resepi Ayam Percik

Bahan perap:


1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan kuah:

2 kotak santan pekat
12 ulas bawang merah*
2 inci halia*
2 batang serai*
2-3 sudu besar cili kisar
Garam secukupnya
Gula merah secukupnya
1 keping asam keping
*dikisar

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bahan perap, lumurkan pada ayam yang telah dibersihkan dan ditoskan.
  2. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Masukkan bahan kuah kedalam periuk kecuali gula, garam dan asam keping.
  4. Masak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
  5. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  6. Sesuaikan rasa, tutup api dan keluarkan asam keping tadi.
  7. Bakar ayam sehingga separuh masak (Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu sekiranya mahu cepat masak).
  8. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah sekeliling ayam dan bakar seketika. 
  9. Balik-balikkan ayam dan lumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di sekeliling ayam.
  10. Bolehlah dihidangkan.

PULUT DAKAP


Resepi Pulut Dakap

Bahan-bahan:


500g beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar gula
Secubit garam
Sesikat pisang raja
Daun pisang
Tali rafia - untuk membalut ketupat

Cara penyediaan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Toskan beras sehingga kering. 
  3. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
  4. Kukus beras pulut hingga separuh masak lebih kurang 20 minit.
  5. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.
  6. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja. 
  7. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  8. Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.
  9. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan pulut. 
  10. Santan tidak perlu tuang habis, sekadar cukup-cukup untuk melembabkan pulut. Jika terlebih boleh melembikkan pulut.
  11. Biarkan dulu sebentar lebih kurang 10 minit.
  12. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak lebih kurang 25 minit.
  13. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar dan sejukkan sebentar.
  14. Lap bersih daun pisang, potong lebih kurang dua saiz tapak tangan dan layurkan.
  15. dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.
  16. Letakkan pulut lebih kurang 2 sudu besar di atas daun pisang  dan rata-ratakan sebesar tapak tangan.
  17. Pisang di belah dua dan letakkan di atas pulut. Kemudian gulungkan.
  18. Balut daun pisang seperti membuat lepat pisang.
  19. Dakapkan dua balutan dan ikat ketat dengan tali rafia 4 - 5 bahagian.
  20. Kukus semula pulut selama 10 minit.

AYAM GORENG PANDAN



Resepi Ayam Goreng Pandan

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam
Daun Pandan
Lidi

Bahan-bahan perapan:

*2 batang serai
*5 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 5 biji cili padi
*dikisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci. Kemudian toskan.
  2. Masukkan ayam tadi bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  3. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam didalam peti sejuk.
  4. Sediakan daun pandan dan masukkan beberapa ketul ayam - bergantung kepada saiz daun pandan.
  5. Balut ayam tadi dengan pelbagai cara yang sesuai dan gunakan lidi untuk mengelakkan daun tadi terbuka.
  6. Kemudian bolehlah terus digoreng atau seelok-eloknya diperap lagi selama setengah jam.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak lebih kurang 4 - 5 minit. 
  8. Setelah di angkat dari kuali, toskan dulu lebihan minyak di atas kitchen towel.

NASI AYAM HAINAN


Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan Stok Ayam:

1 ekor ayam - potong 8 bahagian
6 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris kasar
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
1.5 liter air

Cara penyediaan:
  1. Di atas api sederhana, rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 20 minit)
  2. Kemudian  angkat dan toskan
  3. Simpan air stok ini untuk memasak nasi.

Bahan-bahan Memasak Nasi:

3 cawan beras Basmathi Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit, kemudian toskan)
4 cawan air stok ayam
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1/2 sudu besar minyak bijan

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan mentega dan masukkan halia dan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air stok ayam, garam dan minyak bijan. Kacau sebati.
  3. Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras.
  4. Masak sehingga nasi masak.

Bahan-bahan Perapan Ayam:

5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap cair
2 inci halia - dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara penyediaan: Perapan dan Panggang
  1. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan dan ayam ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati.
  3. Perap sekurang-kurang 30 minit dalam peti sejuk.
  4. Kemudian bolehlah di bakar atau dipanggang atau pun digoreng di atas non stick pan tanpa minyak hingga garing.
Bahan-bahan Sos Cili:

1 sudu besar air perahan limau nipis
4 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos cili thai
5 biji cili merah - dibuang biji
2 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit garam

Cara penyediaan:
  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Tutup api dan ketepikan
Bahan-bahan Sos Kicap dan cara penyediaan:

5 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil minyak bijan
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata
Cara penyediaan untuk Sup:
  1. Panaskan air stok ayam (tambahkan air sekiranya perlu)
  2. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan bawang goreng dan daun bawang.

Bahan-bahan Kerabu Mangga dan cara penyediaan:

1 biji mangga muda hampir masak - disagat
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 biji cili padi - dihiris
5 sudu besar kacang tanah - digoreng
1/2 cawan ikan bilis - digoreng (boleh lebihkan ikut kesukaan)
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Secubit garam
  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Perahkan limau nipis, gaul dan bolehlah dihidangkan
Bahan-bahan hiasan:
Timun - dibuang kulit dan dipotong serong
Tomato - dipotong bulat
Salad
Daun bawang
Bawang goreng

KERABU SARDIN PUCUK GAJUS


Resepi Kerabu Sardin Pucuk Gajus

Bahan-bahan:


8 - 10 helai pucuk gajus - dihiris halus
1 tin kecil Sardin
1 biji limau nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
5 biji cili padi - dihiris kecil-kecil
Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali/ periuk kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali pucuk gajus dan limau nipis.
  3. Cincang isi sardin dengan senduk dan gaul rata dengan bahan lain.
  4. Masukkan 2 sudu besar sos sardin dan kacau rata. 
  5. Biarkan selama 2 minit dengan api kecil.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.
  7. Hiris pucuk gajus dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sardin tadi.
  8. Perahkan limau nipis dan gaul sebati.
  9. Bolehlah dihidangkan.

ROTI JALA



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit atau perwarna kuning

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan dalam blender, kemudian tapiskan bancuhan.
  2. Panaskan non stick pan dengan api perlahan dan sapukan sedikit marjerin.
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas pan membentuk jaring.
  4. Setelah masak, boleh di lipat atau digulungkan.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama kuah kari atau kuah durian.

NASI MINYAK HUJAN PANAS



Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi Khadijah
3 cawan air
1 cawan cooking cream atau susu sejat
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 inci halia - dihiris kasar
4 ulas bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu kecil garam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara penyediaan:
  1. Cuci bersih dan rendam beras selama 30 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan mentega.
  3. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan. Tumis sehingga beraroma.
  4. Kemudian masukkan bahan hirisan dan kacau rata.
  5. Kemudian masukkan air, garam, cream. Kacau rata dan sebatikan.
  6. Kemudian, masukkan beras dan kacau bersama bancuhan tadi hingga sebati dan padamkan api.
  7. Tuang  beras bersama bancuhan tadi ke dalam periuk nasi elektrik dan biarkan hingga masak menjadi nasi.
  8. Setelah nasi kering (hampir masak), buat lubang kecil-kecil pada nasi dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. 
  9. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  10. Bila nasi sudah masak, gembur-gemburkan nasi dan taburkan kacang gajus dan kismis.



AYAM MASAK MERAH



Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong 16 bahagian
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
5 biji cili merah*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
*dikisar
5 sudu besar minyak masak 
3 sudu besar cili boh 
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
2 sudu besar gula merah thai
Garam dan Gula secukup rasa
1 1/2 cawan air (ikut kepekatan yang diingini)
2 biji tomato - belah 4
1 biji bawang besar  - hiris bulat
1/2 cawan kacang peas

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan gaul dengan garam dan  kunyit. 
  2. Goreng ayam sehingga 2/3 masak.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan cili boh dan masak hingga naik minyak. 
  5. Masukkan gula, garam, gula merah dan sos tomato. Kacau rata. 
  6. Kemudian masukkan ayam, kacau sebati.
  7. Masukkan air dan tutup kuali dengan penutup selama 5 minit.
  8. Kemudian masukkan kacang peas,  tomato dan bawang. Kacau dan biarkan 1-2 minit. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.


WAJIK


Resepi Wajik

Bahan-bahan: 

250g beras pulut
2 kotak santan (400ml)
200g gula melaka
2 sudu besar gula merah
3 helai daun pandan (diikat)
Daun pisang
Secubit garam 

Cara penyediaan:
  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Toskan beras sehingga kering. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan 1 1/2 kotak santan ke dalam jag.
  4. Masukkan 1/2 kotak santan lagi ke dalam cawan besar dan campurkan 1/2 cawan air serta secubit garam. 
  5. Kacau dan masukkan  ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi dan biarkan selama 30 minit. 
  6. Kemudian toskan beras yang bercampur santan tadi (masukkan air lebihan semasa tos tadi ke dalam jag yang berisi 1 1/2 kotak santan)
  7. Masukkan 1 ikat daun pandan ke dalam periuk pengukus. 
  8. Setelah air mendidih, letakkan daun pisang di dalam periuk pengukus dan taburkan beras di atasnya. 
  9. Kukus selama 30 minit
  10. Satukan gula melaka, gula merah dan 2 ikat daun pandan bersama 1 cawan air.
  11. Masak sehingga gula hancur dan cair. Seterusnya, masukkan 1 1/2 cawan santan tadi, masak dengan api yang kecil. 
  12. Kacau hingga sebati dan pekat kehitam-hitaman - anggaran masa dalam 30-40 minit
  13. Kemudian masukkan pulut yang sudah dikukus tadi, kacau perlahan-lahan hingga sebati dan pekat - anggaran masa dalam 10-15 minit.
  14. Akhir sekali tuangkan ke dalam loyang yang telah diletakkan daun pisang. 
  15. Kemudian bolehlah disejukkan pada suhu bilik.


PISANG GORENG PANDAN



Resepi Pisang Goreng Pandan

Bahan-bahan : 

1/2 sikat Pisang Nangka
10 sudu besar Tepung Beras
*1 cawan air pandan
**kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis
5 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur (optional)
Sedikit pewarna makanan hijau (optional)
Sedikit Garam

Cara penyediaan:
  1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi. 
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
  4. Masukkan beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata.
  5. Panaskan minyak.
  6. Celupkan pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang hingga nampak garing kehijauan.


SOTONG SUMBAT PERCIK


Resepi Sotong Sumbat Percik

Bahan-bahan:

5 ekor Sotong
1/2 cawan kacang peas (boleh juga gunakan segenggam bayam)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Cara penyediaan:
  1. Rebus kacang peas sehingga empuk
  2. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
  3. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam kuali  dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
  4. Masukkan kacang peas ke dalam kuali dan gaulkan sekali dengan telur tadi. Ketepikan
  5. Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam periuk tadi selama 2 minit.
  6. Angkat sotong, toskan dan sumbat telur didalam sotong sehingga padat tetapi 3/4 penuh. 
  7. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.
Bahan Kuah Percik:

1 kotak santan pekat (200ml)
8 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3-5 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing-masing
1 1/2 sudu besar gula merah
1 keping asam keping 
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Kisar bawang, serai, halia dan cili kering
  2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan setengah cawan air ke dalam periuk
  3. Kemudian masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. 
  4. Masak sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
  5. Masukkan garam, gula dan asam keping
  6. Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat. Kemudian keluarkan asam keping tadi.
Proses merecik:
  1. Bakar sotong seketika sambil balik-balikkkan sotong supaya masak sekata
  2. Apabila sotong mulai sedikit garing, lumur bahan kuah ke badan sotong dan bakar seketika sambil dibalik-balikkan sotong 
  3. Kemudian masukkan sotong ke dalam pinggan dan tuang lebihan bahan kuah ke atas sotong
*kalau taknak bakar sotong, boleh digoreng dengan butter tetapi pastikan sotong itu dibalik-balikkan dan lumur bahan kuah apabila sotong mulai garing.


KERABU SOTONG RANGUP BEREMPAH


Resepi Kerabu Sotong Rangup Berempah
(Untuk hidangan: 4 – 5 orang)

Ramuan:

8–10 ketul Sotong Rangup Berempah Subi
½ batang Timun, benih dibuang dan dipotong julienne
½ batang Lobak merah, di potong julienne
1 biji Cili merah, biji dibuang, dipotong julienne
Bunga kantan, dipotong separuh, dihiris kasar
½ biji Bawang Besar Merah, di hiris halus
3 biji Cili padi, dipotong halus
Segenggam Daun ketumbar, dihiris kasar (simpan sedikit untuk hiasan)  
Segenggam Suhun, direndam dalam air panas dan ditoskan
1 biji Limau nipis, diperah dan diambil jus
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi Crunchy Spiced Squid mengikuti langkah pada bungkusan. 
  2. Biar kering dan diketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar, gaulkan kesemua bahan-bahan bersama garam, gula dan air perahan limau nipis kecuali sotong
  4. Sebelum dimasukkan ke dalam pinggan, masukkan sotong dan gaul sebentar
  5. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang


GORENG CILI IKAN KOKTEL TEMPURA


Resepi Goreng Cili Koktel Ikan Tempura 
(Untuk hidangan: 4 – 5 orang)

Ramuan:

8–10 ketul Nuget Ikan Subi
15 biji Cili Merah, dibuang biji, di kisar kasar
4–5 biji Cili Padi, dikisar bersama cili merah
½ biji Bawang Besar Merah, dihiris halus
1 keping Asam Keping
3 helai Daun Limau Purut, dihiris halus
2 sudu kecil Gula Merah Thai
Garam secukup rasa
1 biji Cili Merah untuk hiasan

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi Tempura Fish Bites mengikuti langkah pada bungkusan. Biar kering dan susunkan di dalam pinggan
  2. Panaskan 1 senduk minyak masak. Masukkan cili yang telah dikisar, bawang besar dan asam keping. Kacau rata, masak selama 5 minit (api sederhana besar)
  3. Masukkan gula merah dan garam, kacau rata dan masak selama 5 - 7 minit lagi (sehingga cili kelihatan merah pekat)
  4. Masukkan hirisan daun limau purut, kacau rata
  5. Tuangkan goreng cili ke atas susunan ikan tadi
  6. Letakkan hiasan cili merah dan siap untuk dihidang


SOTONG RANGUP PEDAS MASAK MASAM MANIS


Resepi Sotong Rangup Pedas Masak Masam Manis
(Hidangan untuk 4-5 orang)

Ramuan:

8–10 ketul Sotong Rangup Pedas Subi        
1 biji Bawang Besar Merah, dipotong 6 bahagian        
2 ulas Bawang putih, cincang halus        
1/2 - 1 cawan Nenas, dipotong kiub        
1/2 biji Capsicum hijau, dipotong kiub        
5 biji Tomato ceri, dibelah dua        
2 1/2 sudu besar Sos cili                
1 sudu besar Sos tomato        
1/2 sudu besar Sos tiram                
1/2 sudu besar Gula         
1/2 cawan Air                
1 sudu kecil Tepung jagung, dibancuh dengan 3 sudu besar air       
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi Crunchy Spiced Squid mengikuti langkah pada bungkusan. Biar kering dan susunkan di dalam pinggan
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan tuang air
  4. Bila mendidih, masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masukkan nenas, bawang besar, capsicum hijau, tomato ceri dan masak sebentar.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat
  6. Tuangkan sos masam manis ke atas susunan sotong tadi
  7. Taburkan hirisan daun bawang dan siap untuk dihidang


KUIH SERI MUKA


Resepi Kuih Seri Muka

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
200g Beras Pulut
1 cawan Santan*
*(1/2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air) 
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Minyak masak
1 helai daun pandan - dipotong kecil-kecil

Cara penyediaan:
  1. Basuhkan beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dikukus
  2. Toskan beras
  3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci. 
  4. Masukkan daun pandan dan beras pulut.
  5. Bancuhkan santan, garam dan minyak, kemudian tuangkan kedalam loyang dan rata-ratakan.
  6. Kukus beras sehingga masak (anggaran 20 minit)
  7. Gaul-gaulkan dahulu pulut, keluarkan daun pandan tadi dan kemudian tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  8. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
1 kotak | 200 ml Santan Pekat 
1/2 cawan Jus Pandan*
 *(8 helai daun pandan di kisar dengan air)
1/2 cawan Gula Caster
3 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Boleh juga kisar bahan-bahan menggunakan blender. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 35 minit. Kemudian buka penutup, kukus lagi selama 5 minit.
  4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.


KUIH BAKAR PANDAN



Kebiasaannya kuih bakar di buat di dalam loyang atau acuan kuih bakar bunga. Untuk resepi ini, kuih bakar di buat di dalam muffin pan atau cupcake cases.



Resepi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:

½ cawan Tepung gandum
½ cawan Gula caster
½ cawan Air*  
8 helai Daun pandan*
*(di kisar dan tapis)
1 ½ kotak | 300 ml Santan
2 biji Telur
¼ sudu kecil Garam
Bijan secukupnya

Alatan:
Muffin pan, 12 lubang
ATAU
Cupcake cases/ liners, saiz L
ATAU
Muffin pan, saiz 6x10 inci atau 8x8 inci

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C.
  2. Sapu minyak di bahagian dalam muffin pan. Panaskan selama 5 minit didalam oven.
  3. Sekiranya menggunakan cupcake cases, tidak perlu disapu minyak dan dipanaskan.
  4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk. 
  5. Boleh juga kisar bahan-bahan menggunakan blender. Kemudian tapiskan.
  6. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam muffin pan atau pun cupcake cases.
  7. Bakar selama 10min, kemudian keluarkan daripada oven dan taburkan bijan.
  8. Sambung bakar selama 40 - 45 minit.




KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...