Showing posts with label Middle East. Show all posts
Showing posts with label Middle East. Show all posts

NUTELLA CHEESE KUNAFA


Resipi Nutella Cheese Kunafa

Bahan-bahan air gula:

3/4 cawan gula
3/4 cawan air
2 sudu besar madu atau air mawar atau esen vanilla (1 sudu kecil)
2 sudu besar jus lemon

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana besar.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.
  3. Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.
  4. Sejukkan pada suhu bilik.

Bahan-bahan untuk Kunafa:

300g Kataifi Dough
50g pistachio - dikisar halus
70g mentega - dibiarkan pada suhu bilik
100g Nutella
100g Mozzarella Cheese - shredded

*Tips untuk penggunaan kataifi dough
Simpan dough di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer)
Sebelum membuat kunafa, pastikan dough diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
Kemudian keluarkan dough daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam.
Potong dough mengikut kuantiti yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer)


Cara penyediaan Kunafa:
  1. Masukkan dough ke dalam mangkuk besar. Lerai-leraikan dengan tangan.
  2. Masukkan 5 sudu besar mentega, usap dan rata-ratakan pada dough.
  3. Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama (saya gunakan loyang 3" 6 lubang)
  4. Bahagikan dough kepada 12 bahagian yang sama banyak.
  5. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang. 
  6. Ambil satu bahagian dough, masukkan ke dalam setiap lubang dan padat-padatkan.
  7. Taburkan 2 sudu besar mozzarella cheese pada setiap lubang. Kemudian paipkan nutella.
  8. Masukkan lapisan kedua dough dan padat-padatkan.
  9. Bakar 200°C selama  25 min.
  10. Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas kunafa sehingga habis.
  11. Biarkan 10 minit, ambil board, tutupkan pan dan terbalikkan pan.
  12. Taburkan dengan pistachio dan bolehlah dihidangkan.

TURKISH DELIGHT


Resipi Turkish Delight 

Bahan-bahan:

2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu kecil jus lemon
3/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil esen vanilla atau perisa strawberry atau apa-apa perisa yang digemari atau pun 1/2 sudu besar rose water
2 titik perwarna merah atau apa-apa warna yang digemari
50g Pistachio - kisar kasar (optional)

Untuk dusting:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula icing

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana kecil.
  2. Masukkan gula, 3/4 cawan air dan jus lemon ke dalam pan.
  3. Kacau rata sehingga gula hancur.
  4. Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala selama 10 minit. Ketepikan.
  5. Di dalam non stick pan yang lain, masukkan tepung jagung, cream of tartar dan 1 1/4 cawan air. Kacau sebati.
  6. Letakkan pan atas dapur dengan api kecil sambil terus di kacau supaya tidak berketul-ketul.
  7. Setelah bancuhan menjadi likat, tuangkan sedikit demi sedikit air gula hingga habis sambil terus di kacau.
  8. Kemudian biarkan selama 40 minit dan setiap 15 minit, kacau rata seketika.
  9. Setelah 40 minit, bancuhan akan menjadi warna keemasan, tutup api.
  10. Kacau rata seketika, tuangkan perwarna dan perisa, kacau sebati.
  11. Taburkan pula pistachio dan kacau sebati.
  12. Kemudian tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar atau aluminum foil.
  13. Rata-ratakan dan biarkan terbuka semalaman pada suhu bilik. 
  14. Campurkan tepung jagung dan gula icing di dalam bekas, kemudian taburkan sedikit ke atas papan pemotong.
  15. Keluarkan Turkish Delight daripada loyang dan letakkan di atas papan pemotong.
  16. Potong Turkish Delight bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan campuran tepung dan gula tadi.
  17. Boleh terus dihidangkan dan sekiranya hendak menyimpannya, simpan di dalam air tight container dengan lebihan campuran tepung jagung dan gula icing tadi.

BAKLAVA



Resipi Baklava

Bahan-bahan air gula:

3/4 cawan gula
3/4 cawan air
2 sudu besar madu
2 sudu besar jus lemon

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana besar.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.
  3. Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.
  4. Sejukkan pada suhu bilik.

Bahan-bahan untuk filling baklava:

100g pistachio
100g walnut
50g almond
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu mani
150g mentega - dicairkan (untuk disapu atas fillo pastry)
1 paket fillo pastry - potong ikut saiz loyang (30 helai)

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua kacang ke dalam food processor dan kisar (jangan terlalu halus).
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati.

*Tips untuk penggunaan fillo pastry
  • Simpan fillo pastry di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer)
  • Sebelum membuat baklava, pastikan fillo diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kemudian keluarkan fillo pastry daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam 
  • Potong fillo pastry mengikut saiz loyang yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer)
  • Tutup fillo yang telah dipotong untuk membuat baklava dengan kain yang lembap (pastikan tiada air yang menitik daripada kain)
  • Pastikan fillo sentiasa di tutup semasa membuat baklava

Cara penyediaan baklava:
  1. Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama. (saya gunakan loyang 8" x 8")
  2. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang. 
  3. Letak sehelai lapisan fillo dalam loyang.
  4. Kemudian sapukan fillo dengan mentega cair.
  5. Lapiskan lagi fillo kedua ke atas lapisan fillo pertama.
  6. Ulang proses ini sehingga 10 helai fillo.
  7. Taburkan filling kacang dan rata-ratakan.
  8. Kemudian lapiskan fillo sehingga 5 helai lapisan.
  9. Taburkan lagi filling kacang dan rata-ratakan.
  10. Ulang proses ini sehingga 3 kali taburan filling kacang.
  11. Selepas taburan filling kacang yang ketiga, letakkan fillo dan lapiskan sebanyak 10 helai lapisan.
  12. Pastikan setiap lapisan disapu dengan mentega.
  13. Kemudian potong baklava seperti bentuk diamond dan sapukan mentega.
  14. Bakar 180°C selama  35-40 min.
  15. Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas baklava sehingga habis.
  16. Biarkan 30 minit (seelok-eloknya 4 jam) dan bolehlah dimakan.

*Baklava boleh dibiarkan dan disimpan didalam loyang (tutup dengan kain) selama 2-3 minggu 



KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...