Showing posts with label FRENCH DESSERT. Show all posts
Showing posts with label FRENCH DESSERT. Show all posts

STRAWBERRY CLAFOUTIS



Resepi Strawberry Clafoutis

Bahan-bahan:


10-15 biji buah strawberry (belah dua)

3 biji telur
1 cawan susu cair
½ cawan gula caster
½  cawan tepung gandum
1½  sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
2 sudu besar mentega - dicairkan
Almond flakes (optional)
Gula icing

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C 
  2. Griskan casserole atau pan bersaiz 8"/ 9" dengan mentega, taburkan sedikit  gula dan ratakan. 
  3. Susun buah strawberry sehingga penuh pan. 
  4. Pukul telur, gula, garam sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, vanilla, mentega dan kacau rata. 
  5. Seterusnya masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan tadi sambil kacau hingga sebati. 
  6. Tapis dan masukkan ke dalam pan.
  7. Bakar dalam oven selama 45 minit.
*Selepas di bakar selama 20 minit, taburkan almond flakes dan kemudian sambung bakar.
  • Apabila telah masak, sejukkan pada suhu bilik selama 1/2 jam dan taburkan gula icing.
  • Boleh juga di makan  semasa masih suam bersama krim atau ais krim.


CREME BRULEE



Resepi Crème Brûlée
(Untuk hidangan: 5 bekas remekin bersaiz 3")

Bahan-bahan:

3 biji telur kuning (saiz L)
250ml whipping cream (saya guna jenama Pauls)
4 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 160°C.
  2. Pukul telur kuning dan 2 sudu besar gula dalam mangkuk perlahan-lahan dengan whisk.
  3. Di dalam periuk kecil, masukkan cream, vanilla dan 2 sudu besar gula.
  4. Masak dengan api kecil sambil kacau perlahan-lahan sehingga gula hancur.
  5. Bila cream sudah panas (tak perlu tunggu hingga mendidih), tuangkan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk bancuhan telur sambil terus dikacau sehingga sebati.
  6. Sediakan remekin di dalam baking pan dan tuangkan bancuhan tadi ke dalam remekin (cukup sekadar hampir penuh).
  7. Tuangkan air panas perlahan-lahan ke dalam pan sehingga air berada sama paras dengan 2/3 ketinggian remekin. *pastikan air panas tidak tertuang ke dalam remekin.
  8. Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga permukaan bancuhan berwarna kuning gelap.
  9. Sejukkan pada suhu bilik dalam 30 minit.
  10. Kemudian tutup remekin dengan cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
  11. Creme brulee boleh dihidangkan selepas sekurang-kurangnya 3 jam didalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 3 hari.
Cara hidangan:
  • Keluarkan cling wrap
  • Taburkan satu sudu besar gula di atas permukaan creme brulee dan ratakan
  • Gunakan torch (jarakkan 3-4 inci dari remekin) untuk membakar gula tersebut sehingga gula menjadi perang kehitaman
  • Sekiranya tiada torch, boleh gunakan kaedah 'broiler' atau pun panaskan belakang sudu di atas dapur sehingga betul-betul panas kemerahan dan seterusnya lalukan di atas permukaan gula.

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...