Showing posts with label eggs. Show all posts
Showing posts with label eggs. Show all posts

TELUR BISTIK


Resipi Telur Bistik

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan daging kisar - direbus hingga masak
1/2 biji bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 cawan mix veggie
1/4 biji capsicum hijau - potong dadu
1/4 biji capsicum merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan Telur Bistik:
  1. Pukul telur dan masukkan daging kisar, garam  dan serbuk lada hitam.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bancuhan telur.
  4. Tutup kuali sebentar dan terbalikkan telur.
  5. Goreng hingga masak dan ketepikan.

Cara penyediaan Sos:
  1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan tumis hingga layu.
  2. Masukkan sos tiram, cili, tomato dan tuangkan air.
  3. Masukkan mix veggie, kacau dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan lada hitam. Kacau seketika.
  5. Masukkan capsicum dan tomato. 
  6. Kacau dan biarkan seketika. Tutup api.
  7. Tuangkan sos ke atas telur bistik dan ratakan.
  8. Siap untuk dihidang.


CLOUD EGGS


Resepi Cloud Eggs

Bahan-bahan:

2 biji telur - asingkan telur putih dan kuning
Garam
Serbuk lada hitam
Parmesan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 230°C.
  2. Letakkan kertas pembakar dalam loyang.
  3. Pukul putih telur dengan electric mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan
  4. berbuih.
  5. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan ke dalam loyang.
  6. Jadikan adunan bentuk bulat dan buat lubang ditengah-tengahnya dengan menggunakan sudu.
  7. Taburkan secubit garam, serbuk lada hitam dan parmesan.
  8. Bakar selama 3 minit.
  9. Kemudian keluarkan daripada oven dan tuangkan telur kuning ke dalam lubang pada adunan tadi.
  10. Sambung bakar 2 minit.
  11. Kemudian keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan semasa sarapan bersama baked beans, salad, beef salami atau roti bakar.



KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...