Showing posts with label Masakan Western. Show all posts
Showing posts with label Masakan Western. Show all posts

QUICHE


Resipi Quiche Bayam

Bahan-bahan:

2 genggam baby spinach 
(kalau guna bayam hijau yang besar - dipotong 2 atau 3)
4 keping beef salami (optional)
1/2 biji bawang besar - dicincang
1/2 biji bawang holland  - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
3 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1/2 cawan heavy cream
2 keping cheddar cheese 
1 sudu besar parmesan cheese
3/4 cawan shredded mozzarella cheese
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk Pastri: 

2 cawan tepung gandum
170g mentega yang sejuk - didadu
Secubit garam
5 sudu besar air sejuk
Quiche pan bersaiz 9"
*Boleh juga gunakan pre-made short-crust pastry



Cara penyediaan:
  1. Buat doh pastri dulu. 
  2. Campurkan semua bahan pastri kecuali air sejuk. 
  3. Ramas tepung bersama mentega sehingga menjadi seperti bread crumb. 
  4. Kemudian, masukkan air sejuk 1 sudu satu masa dan uli sebati sehingga habis.
  5. Bungkus doh tadi dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Panaskan 1 sudu besar olive oil dalam non stick pan. 
  7. Goreng beef salami hingga garing. Ketepikan.
  8. Dengan menggunakan pan yang sama, masukkan bawang, garam dan lada hitam. Goreng bawang hingga layu
  9. Masukkan bayam dan goreng sebentar hingga hampir layu.
  10. Hiris beef salami kecil-kecil dan masukkan ke dalam pan. Kacau sebati bersama bayam. Tutup api dan ketepikan.
  11. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  12. Keluarkan doh pastri, dan leperkan doh menggunakan penggelek di atas papan yang ditabur tepung.
  13. Gelek setebal 3-5 mm dan pindahkan ke pan quiche yang telah dioles dengan minyak.
  14. Kikis lebihan pastri menggunakan pisau.
  15. Kemudian ambil alminium foil dan lapikkan atas pastri. Tuangkan satu cawan beras atau kekacang sebagai pemberat.
  16. Bakar selama 10 minit.
  17. Kemudian keluarkan pastri daripada oven, keluarkan beras/ kekacang.
  18. Sambung bakar selama 5 minit.
  19. Keluarkan daripada oven dan biarkan pastri sejuk pada suhu bilik sebentar.
  20. Sementara itu, dalam mangkuk kecil, pukul telur dan masukkan susu, krim, garam, lada hitam dan parmesan cheese. Kacau sehingga sebati.
  21. Taburkan cheddar cheese yg telah dipotong kecil ke atas pastri. 
  22. Kemudian masukkan campuran bayam dan rata-ratakan.
  23. Tuang bancuhan susu dan taburkan mozzarella cheese.
  24. Bakar quiche selama 30 minit.
  25. Sejukkan selama 15 minit dan bolehlah dipotong untuk dihidang.


SUP TOMATO


Resipi Sup Tomato

Bahan-bahan:

1 batang karot - dipotong kecil-kecil
1 batang celery - dipotong kecil-kecil
1 biji bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dihiris
4 biji buah tomato - dibuang biji, potong 8 bahagian
1 tin tomato plum 400g
1 kiub stok ayam atau sayuran
3 cawan air panas
Garam
Serbuk lada hitam
Daun basil
Minyak zaitun

Cara penyediaan:
  1. Panaskan pan, kemudian masukkan karot, celery, bawang dan tuang 2 sudu besar minyak zaitun.
  2. Kacau sebati, tutup separuh pan dan biarkan selama 10 minit.
  3. Bancuhkan kiub ayam bersama air panas dan tuangkan ke dalam pan.
  4. Kemudian masukkan tomato dan tomato plum. Kacau sebati
  5. Biarkan sehingga mendidih, tutup pan dan perlahankan api.
  6. Biarkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan beberapa helai daun basil, kacau sebati dan tutup api.
  8. Tuang sup ke dalam blender dan kisar hingga lumat dan sup menjadi pekat.
  9. Bolehlah dihidangkan.


PESTO BEEF LASAGNA


Resipi Pesto Beef Lasagna

Bahan-bahan Sos Pesto:

100g sweet basil - ambil daunnya sahaja
3 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan pine nuts atau walnuts - optional
4 sudu besar parmesan cheese
5 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor.
  2. Kisar hingga halus dan sebati. Ketepikan

Bahan-bahan Sos Daging Pesto::

400g daging kisar
1 biji bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar minyak zaitun
Sos Pesto
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak zaitun didalam periuk.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga bawang layu dan keperangan.
  3. Masukkan daging kisar yang telah dibersihkan. Kacau sebati dan biarkan 10 minit.
  4. Masukkan sos pesto, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
  6. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan 10-15 minit. Ketepikan

Bahan-bahan Sos Bechamel:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar parmesan cheese
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan susu didalam periuk kecil hingga hampir mendidih. Tutup api. Ketepikan.
  2. Panaskan pan dengan api kecil dan cairkan mentega.
  3. Masukkan tepung dan sentiasa kacau menggunakan whisk selama 2 minit.
  4. Tuangkan susu tadi dan kacau seketika hingga tiada ketulan tepung dan mentega.
  5. Biarkan sos hingga hampir mendidih.
  6. Masukkan parmesan, garam dan serbuk lada hitam. Kacau seketika dan tutup api. Ketepikan.

Bahan-bahan Lasagna:

Pan bersaiz 6" x 10"
Beberapa keping Lasagna
Sos Daging Pesto
Sos Bechamel
Mozzarella cheese
Parmesan cheese
Daun basil - dicarikkan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C
  2. Oleskan mentega pada permukaan dalam pan.
  3. Susun lasagna dalam pan hingga menutupi seluruh pemukaan.
  4. Masukkan sos daging pesto dan rata-ratakan.
  5. Tuang sos bechamel dan ratakan.
  6. Taburkan mozzarella di atas sos bechamel.
  7. Ulang proses hingga menjadi 3 lapisan.
  8. Pada lapisan terakhir, selepas ditaburkan mozzarella, tabur pula parmesan dan daun basil.
  9. Bakar selama 35 minit.
  10. Kemudian biarkan 15 minit pada suhu bilik dan bolehlah dihidangkan.


SCALLOP BUTTERMILK PASTA




Resepi Scallop Buttermilk Pasta

Bahan-Bahan:

1 paket Mix Vege Pasta
10-12 Scallop
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar + 1 sudu kecil mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk Cayenne pepper atau Paprika
1/2 sudu besar Parmesan cheese (optional)
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
  1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spaghetti sehingga masak.
  2. Tos dan ketepikan.
  3. Bersihkan scallop dengan lemon.
  4. Masukkan ke dalam non stick pan.
  5. Letakkan 1 sudu kecil mentega di atas scallop.
  6. Taburkan sedikit serbuk cayenne dan garam.
  7. Buka api perlahan, kemudian tutup pan dan biarkan selama 6-8 minit. Ketepikan.
  8. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  9. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
  10. Masak dengan api sederhana hingga susu mendidih.
  11. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
  12. Kemudian masukkan secubit garam serta lada hitam.
  13. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  14. Hidangkan pasta dan scallop dalam mangkuk dan tuangkan sos ke dalamnya.




ROAST CHICKEN


Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan:


1 ekor ayam
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
3 ulas bawang merah - potong dua bahagian
3 tangkai daun thyme
1 biji lemon - potong empat bahagian
1 biji capsicum merah atau kuning - hiris bulat

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Bersihkan ayam dan toskan. 
  3. Campurkan dan gaul sebati semua bahan kecuali bawang merah, daun thyme dan lemon. 
  4. Lumurkan pada semua bahagian ayam.
  5. Tuangkan sedikit minyak zaitun atas casserole atau pan dan ratakan.
  6. Masukkan capsicum ke dalam sekeliling casserole atau pan. 
  7. Letakkan ayam yang telah dilumurkan tadi ke atas capsicum dengan bahagian dada ayam menghadap ke atas.
  8. Ikat kedua-dua kaki ayam dengan tali.
  9. Masukkan bawang merah, daun thyme dan lemon ke dalam ayam.
  10. Bakar selama 45 minit.
  11. Kemudian naikkan suhu oven kepada 230°C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
Bahan sayuran:

1 batang karot - kerat 2, kemudian potong lagi 4 bahagian memanjang
1 biji bawang besar - potong kiub 4 bahagian
3 biji kentang - potong kiub 4-6 bahagian
1 batang zucchini atau timun jepun - dihiris tebal

Cara penyediaan:

  1. Panaskan pan dan cairkan 2 sudu besar mentega.
  2. Sautee semua bahan sayuran lebih kurang 5 minit (masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam).
  3. Kemudian masukkan sayuran ke dalam casserole atau pan, 5 minit sebelum pembakaran ayam selesai.


SEAFOOD CREOLE


Resepi Seafood Creole

Bahan-bahan:


1 paket Pacific West Tempura Seafood Combo
60g mentega
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji capsicum hijau - dicincang
1 batang celery - dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk cayenne
1 helai bayleaf
1 tin tomato kiub
1 sudu kecil sos Worcestershire
1/2 sudu kecil sos Tabasco
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan stok seafood atau sayuran
1 sudu besar daun bawang - dipotong halus

Cara penyediaan:

  1. Goreng seafood combo dan ketepikan.
  2. Panaskan pan dan cairkan mentega.
  3. Masukkan bawang, capsicum, celery, garam, serbuk lada hitam dan serbuk cayenne. 
  4. Kacau rata dan masak selama 5 minit.
  5. Masukkan bayleaf, tomato dan bawang putih. Kacau rata.
  6. Biarkan mendidih dan perlahankan api. Masak selama 10 minit.
  7. Di dalam mangkuk yang berasingan, bancuhkan tepung dan air, kemudian masukkan kedalam pan.
  8. Masak selama 5 minit sambil dikacau sentiasa supaya bancuhan tidak berketul.
  9. Kemudian masukkan stok sayuran, sos Worcestershire dan sos Tabasco. Masak selama 10 minit.
  10. Masukkan seafood combo yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan.
  11. Tuangkan sos creole dan taburkan daun bawang.
  12. Sesuai dimakan dengan nasi atau roti.

ROAST BEEF



Resepi Roast Beef

Bahan-bahan:


500g -1kg Daging bahagian topside atau topround - yang telah diikat dengan tali
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar sos worcestershire
3 ulas bawang putih - diketuk
Garam
Serbuk lada hitam
Rosemary kering

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 240°C
  2. Bersihkan daging dan toskan. Jika daging yang dibeli belum diikat, ikat sekeliling daging dengan tali - jarak setiap 2 inci.
  3. Panaskan pan, masukkan mentega dan minyak zaitun.
  4. Sautee daging sambil balik-balikkan hingga daging keperangan lebih kurang 5 minit.
  5. Keluarkan daging dari pan, masukkan worcestershire dan bawang putih. Sautee selama 30 saat.
  6. Masukkan bawang putih kedalam casserole dan letakkan daging tadi diatasnya.
  7. Tuangkan lebihan sos tadi ke atas daging sambil lumurkan sekeliling daging.
  8. Kemudian lumurkan pula daging dengan garam, lada hitam dan rosemery kering.
  9. Turunkan suhu oven kepada 200°C, masukkan daging dan bakar.
Tips membakar:

Untuk daging 400g - 800g;

  • Kalau nak daging well done - bakar selama 50-55 minit 
  • Kalau nak daging medium well - bakar selama 40-45 minit.
  • Balik-balikkan daging setiap 25 minit
Untuk daging 800g - 1.5kg;
  • Kalau nak daging well done - bakar selama 60-70 minit (balikkan daging setiap 20 minit)
  • Kalau nak daging medium well - bakar selama 50-55 minit.
  • Balik-balikkan daging setiap 20 minit.
Selepas dibakar, keluarkan dan tutup casserole dengan aluminium foil selama sekurang-kurangnya 15 minit atau pun sebelum dihidang.

Bahan sayuran:

1 batang karot - kerat 2, kemudian potong lagi 4 bahagian memanjang
2 biji bawang besar - potong kiub 4 bahagian
3 biji kentang - potong kiub 4-6 bahagian
Asparagus (optional)
Cendawan butang (optional)

Cara penyediaan:
  1. Panaskan pan dan cairkan 2 sudu besar mentega.
  2. Sautee semua bahan sayuran lebih kurang 5 minit (masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam).
  3. Kemudian masukkan sayuran kecuali asparagus dan cendawan ke dalam casserole 5-10 minit sebelum pembakaran daging selesai.
  4. Gunakan pisau yang tajam untuk menghiris daging.



PAN GRILLED LEMON CHICKEN


Resepi Pan Grilled Lemon Chicken

Bahan-bahan perapan:


4-5 ketul peha ayam - dibuang tulang
4 sudu kecil serbuk cayenne
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan pan dengan api sederhana dan cairkan mentega.
  5. Masukkan ayam yang diperap dan masak selama 10-15 minit 
  6. Terbalikkan ayam dan masak lagi selama 10 minit atau sehingga ayam keperangan.
  7. Masukkan ayam ke dalam mangkuk atau pinggan besar.
Bahan Sos Lemon:

4 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak zaitun
1/2 cawan krim masakan
2 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan mentega dalam periuk dengan api kecil. 
  2. Bila mentega cair, masukkan semua bahan lain dan masak sehingga mendidih. 
  3. Tutup api dan tuangkan ke atas ayam dan *sayuran.
*Sayuran yang boleh dicelur dan dimasak bersama ayam - Buncis atau asparagus dan Lobak merah.
Hirisan lemon sebagai hiasan.

BUTTERMILK CHICKEN PASTA


Resepi Spaghetti Ayam Buttermilk
(Untuk hidangan: 2 orang)

Bahan-Bahan:

1/3 paket Spaghetti
12- 15 ketul Popcorn Chicken
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk Cayenne pepper atau Paprika
1/2 sudu besar Parmesan cheese (optional)
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
  1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spaghetti sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit). 
  2. Tos dan ketepikan.
  3. Goreng popcorn chicken hingga kuning keemasan. Ketepikan.
  4. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
  6. Masak dengan api sederhana hingga susu mendidih.
  7. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
  8. Kemudian masukkan popcorn chicken yang digoreng tadi dan secubit garam serta lada hitam.
  9. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
  10. Tuangkan sos ke dalam mangkuk yang berisi spaghetti tadi.

BEIGNETS


Resepi Beignets
(Untuk hidangan: 25 Beignets)

Bahan-bahan:

1/3 cawan air suam
2  sudu kecil yis
1 1/2 sudu besar gula
1 biji telur
1/3 cawan susu sejat
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar minyak sayuran
Minyak sayuran untuk menggoreng
Gula icing

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air suam dan 1 sudu besar gula dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan yis dan kacau seketika. Biarkan selama 10 minit.
  3. Masukkan pula telur, susu dan minyak. Kacau sebati.
  4. Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung, garam dan lebihan gula tadi. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam mangkuk yis tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan spatula.
  6. Setelah semua tepung dimasukkan, uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
  7. Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk besar yang telah di sapu sedikit minyak.
  8. Tutup dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk. 
  9. Biarkan selama sekurang-kurangnya sejam
  10. Keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditaburkan sedikit tepung.
  11. Gelekkan doh menggunakan roller sehingga ketebalan menjadi 1/2 cm.
  12. Kemudian potong doh menggunakan pisau tajam membentuk empat segi tepat yang berukuran 2 inci x 3 inci.
  13. Letakkan doh di atas dulang yang dilapik kertas pembakar dan tutup menggunakan kain bersih selama 15 minit.
  14. Panaskan minyak dengan api sederhana dan masukkan doh tadi.
  15. Goreng sehingga perang keemasan selama lebih kurang 1 minit setiap permukaan.
  16. Toskan di atas tisu.
  17. Taburkan gula icing pada setiap permukaan dan bolehlah dihidangkan.

CREAMY APPLE CIDER PAN GRILLED CHICKEN


Resepi Creamy Apple Cider Pan Grilled Chicken

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam - bahagi dua (potong panjang mendatar)
15-20 batang Asparagus
4 sudu besar Mentega - bahagi dua
2 sudu besar Minyak Zaitun - bahagi dua
8-10 biji Button Mushrooms - dihiris
1/2 biji Bawang Holland - dicincang
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sudu besar Daun Ketumbar - dicincang
Garam secukup rasa
Serbuk Lada Hitam secukup rasa
1 cawan Mozzarella Cheese

Bahan-bahan untuk Sos Apple Cider:
2 sudu kecil Mentega
2 sudu besar Bawang merah - dicincang
1/4 cawan Apple Cider
2 sudu besar Gula Merah
1/4 cawan Stok Daging
1/2 cawan Whipping Cream

Cara penyediaan:
Asparagus;

  1. Masak 6 cawan air dalam periuk hingga mendidih, masukkan 1 sudu besar garam.
  2. Bersihkan asparagus dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Biarkan selama 2-3 minit, keluarkan daripada periuk dan ketepikan.
Cendawan;
  1. Panaskan dan cairkan 2 sudu besar mentega dan minyak zaitun
  2. Masukkan cendawan dan goreng selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan bawang dan goreng selama 3 minit.
  4. Masukkan pula bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata dan biarkan selama 2 minit.
  5. Tutup api dan ketepikan.
Ayam;
  1. Tumbuk/ ketuk ayam perlahan-lahan sehingga ketebalan isi ayam menjadi setengah daripada ketebalan asal.
  2. Taburkan garam dan lada hitam di atas ayam.
  3. Panaskan dan cairkan 2 sudu besar mentega dan 1 sudu besar minyak zaitun di atas kuali leper.
  4. Masukkan ayam dan goreng selama 4-5 minit setiap bahagian (terbalikkan) dengan api sederhana.
  5. Tutup api, dan masukkan cendawan tadi ke dalam kuali leper. Ketepikan seketika sementara membuat sos.
Sos Apple Cider;
  1. Panaskan dan cairkan mentega didalam periuk kecil.
  2. Masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan apple cider, gula dan stok daging. Kacau sebati.
  4. Masak sehingga mendidih dan kecilkan api.
  5. Biarkan sehingga sos menjadi setengah daripada kandungan asal. Ketika ini mentega akan mula berpecah dan naik ke atas permukaan sos.
  6. Masukkan pula whipping cream dan biarkan selama 2 minit hingga sos mendidih dan menjadi sedikit pekat.
  7. Tuangkan sos tadi kedalam kuali leper yang berisi ayam dan cendawan. Pastikan sos  tadi menutupi ayam dan cendawan.
  8. Buka api sederhana, panaskan kuali selama 2 minit dan tutup api.
Cara penyediaan:
  1. Pindahkan kesemua bahan didalam kuali ke dalam casserole atau mangkuk tahan panas.
  2. Susun asparagus di atasnya dan taburkan mozzarella.
  3. Gunakan kaedah broil selama 3-4 minit sehingga mozzarella cair.
  4. Boleh juga gunakan torch  untuk mencairkan mozzarella tersebut.
  5. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.

HAINANESE CHICKEN CHOP


Resepi Hainanese Chicken Chop

Bahan-bahan perapan:


4 ketul peha ayam - dibuang tulang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak bijan
5 ulas bawang putih - dicincang atau 1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar air
*1 cawan tepung ubi untuk salutan ayam

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung ubi dan salutkan ayam tersebut.
  5. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ayam secara deep-fry sehingga masak/ garing.
Bahan-bahan Sos:

1 biji bawang holland - dihiris
8 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos Worcestershire
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan  1/4 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan bawang, goreng hingga layu dan warna kekuningan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat. Tutup api.
Cara hidangan:
Di atas pinggan, letakkan;
  • Ayam yang telang digoreng tadi.
  • 1 biji tomato - potong 6 bahagian  memanjang.
  • 1/2 cawan kacang peas (frozen) atau mix-vegie - rebus sebentar dalam air mendidih kemudian toskan.
  • 1 biji kentang - potong 6 bahagian memanjang (rendam dahulu dalam air panas, toskan, kemudian goreng sehingga garing keperangan.
  • Tuangkan sos ke atas ayam.

CLASSIC SPAGHETTI CARBONARA


Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan:

120g atau 1/4 paket Spaghetti
1 biji Telur
3 sudu besar grated Parmesan cheese
2 keping Beef Breakfast Streaky atau beef salami dicincang kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar minyak zaitun
1/4 cawan air rebusan spaghetti

Cara penyediaan:
  1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spaghetti sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit)
  2. Tutup api, biarkan spaghetti di dalam periuk.
  3. Panaskan minyak dalam pan dan masukkan streaky beef dan bawang putih. 
  4. Goreng streaky beef hingga hampir garing (lebih kurang 3-4 minit).
  5. Kemudian masukkan pula serbuk lada hitam dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan spaghetti, kacau dan masukkan 1/4 cawan air rebusan. Biarkan seketika. Tutup api
  7. Pukul telur dan parmesan dalam mangkuk dan tuangkan bancuhan ke dalam pan.
  8. Kacau rata menggunakan senduk spaghetti perlahan-lahan seketika.
  9. Masukkan ke dalam pinggan, taburkan sedikit lada hitam dan parmesan
  10. Bolehlah dihidangkan.


FRENCH ONION SOUP


Resepi French Onion Soup

Bahan-bahan:

3 biji bawang holland - dihiris nipis
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 cawan stok daging/ stok ayam/ stok sayuran
1 sudu besar apple cider 
1 helai bay leave
1/2 sudu kecil daun tyhme kering
French bread/ baguette
Gruyere cheese/ Parmesan Cheese

Cara penyediaan:
  1. Panaskan mentega didalam periuk.
  2. Masukkan bawang dan kacau rata.
  3. Tuangkan minyak zaitun atas permukaan bawang.
  4. Perlahankan api dan tutup periuk.
  5. Selepas 15 minit, buka penutup dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan gula.
  6. Kacau rata dan biarkan selama 15 minit lagi sambil di kacau sekali sekala.
  7. Kemudian masukkan bay leave, tyhme dan apple cider. Kacau rata.
  8. Masukkan pula stok daging, tutup periuk dan biarkan mendidih selama 30-40 minit.
  9. Keluarkan bay leave dan tuangkan sup didalam mangkuk/ remekin/ casserole.
  10. Bakar roti dan sapukan garlic spread.
  11. Letakkan roti di atas sup tadi dan taburkan cheese di atasnya hingga menutupi roti.
  12. Bakar di dalam oven 200°C selama 10-15 minit atau kalau guna kaedah broil, cukup sekadar 2-3 minit.
  13. Taburkan daun sup dan bolehlah dihidangkan.


CHICKEN ENCHILADAS




Resipi Enchiladas Ayam
(Untuk hidangan: 5 keping Tortilla)


Bahan-bahan Sos Enchilada:

2 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil oregano kering
2 sudu besar tomato puri
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
Secubit serbuk kayu manis
Secubit lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak, tomato puri dan stok sayuran ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Panaskan minyak zaitun didalam periuk di atas api sederhana.
  3. Kemudian masukkan campuran tadi dan masak lebih kurang seminit sambil dikacau sentiasa.
  4. Masukkan pula tomato puri dan kacau sebati.
  5. Kemudian perlahan-lahan tuangkan stok sayuran sambil dikacau sentiasa untuk menghilangkan ketulan-ketulan yang ada.
  6. Besarkan api hingga sederhana tinggi dan biarkan sehingga bancuhan mendidih.
  7. Kemudian kecilkan api dan masak selama 5 minit sambil di kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat.
  8. Masukkan cuka, kacau rata dan tutup api.
  9. Rasa dahulu sos. Sekiranya kurang rasa, bolehlah ditambah secubit dua garam ke dalamnya.
Bahan-bahan Enchilada:

400g isi ayam - dipotong kiub

1/2 biji bawang besar - dicincang halus
100ml sour cream
1 cawan Cheddar cheese 
1 cawan Mozzarella cheese
1/2 cawan daun ketumbar - dicincang kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk cili
1 biji cili hijau - dicincang 
1 biji tomato - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
5 keping Tortilla - saiz 8 atau 10  inci
1 1/2 cawan Sos Enchilada

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Goreng ayam didalam kuali non-stick dengan api sederhana panas tanpa minyak sehingga ayam menjadi kering.
  3. Masukkan bawang, sour cream, 1/4 cawan cheddar cheese, 1/2 cawan daun ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau rata
  4. Masak hingga cheese menjadi cair.
  5. Kemudian masukkan garam, 1/2 cawan sos enchilada, serbuk cili, tomato, cili hijau dan bawang putih. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah jadi pekat.
  6. Bahagikan ayam tadi sama banyak kepada 5 bahagian.
  7. Sapukan tortilla dengan sos dan letakkan ayam di atas tortilla. Kemudian gulung tortilla.
  8. Sapukan 1/3 cawan sos enchilada di atas permukaan casserole atau baking pan bersaiz 8x10 inci.
  9. Susun tortilla di dalam casserole/ baking pan.
  10. Tuangkan lebihan sos tadi ke atas tortilla dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese dan mozzarella.
  11. Bakar (tanpa perlu ditutup casserole/ baking pan) selama 20 minit.
  12. Biarkan selama 10 minit, kemudian taburkan lebihan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.


PRAWN AGLIO OLIO PASTA


Resepi Spaghetti Udang Aglio Olio
(Untuk hidangan: 2 orang)

Bahan-bahan:

200g atau 1/2 paket spaghetti
200g udang - buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor
Air untuk merebus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil chilli flakes (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)
1 sudu kecll daun basil kering
10 helai daun basil segar
2 sudu besar Parmesan cheese

Cara penyediaan:
  1. Rebus spaghetti di dalam periuk dengan air yang penuh dan mendidih sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit)
  2. Tutup api, keluarkan spaghetti daripada periuk dan toskan (tidak perlu bilas).
  3. Masukkan udang ke dalam periuk yang berisi air rebusan spaghetti tadi (tidak perlu buka api) selama lebih kurang 1 minit.
  4. Panaskan kuali leper yang besar dengan api sederhana.
  5. Masukkan minyak zaitun diikuti bawang putih, garam, chilli flakes dan daun basil kering.
  6. Kacau rata bahan-bahan tersebut selama 1 minit.
  7. Masukkan udang dan goreng sebentar sahaja sambil dibalik-balikkan.
  8. Kemudian masukkan daun basil segar diikuti spaghetti.
  9. Kacau menggunakan senduk spaghetti selama 1 minit. Tutup api.
  10. Masukkan di dalam pinggan, taburkan parmesan dan siap untuk di hidangkan.



EGGS BENEDICT



Resepi Eggs Benedict 

Bahan-bahan:

Telur
Roti Gardenia Sommerset Cottage - Multi Grain & Seed
Smoked Salmon - boleh diganti dengan beef salami/ chicken slice/ streaky beef
Salad
Tomato Cherry
Chilli flakes

Cara penyediaan:
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih.
  3. Kemudian pusing-pusingkan air panas dengan sudu laju-laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  4. Tuangkan telur tadi ke dalam periuk.
  5. Biarkan selama 2-3 minit.
  6. Angkat menggunakan senduk berlubang-lubang dan letakkan di atas pinggan yang di alas tisu dapur.
Bahan-bahan Sos Hollandaise:

100g Mentega
3 biji Kuning Telur
1 sudu kecil Mustard
1 sudu besar Jus Lemon

Cara penyediaan:
  1. Cairkan mentega 
  2. Pukulkan kuning telur, jus lemon dan mustard dengan pemukul dawai di dalam mangkuk yang di letak atas periuk dengan air mendidih pada api yang paling rendah. 
  3. Teruskan memukul sehingga campuran menjadi pucat dan berkrim.
  4. Tuangkan mentega cair dengan perlahan sambil memukul.
  5. Teruskan memukul sehingga sos menjadi pucat dan pekat.
  6. Tutup api, masukkan secubit garam dan sedikit lada cayenne (optional)

Cara hidangan:
  • Letakkan roti di atas pinggan.
  • Kemudian letakkan smoked salmon di atas roti di ikuti dengan telur.
  • Susun salad dan tomato di keliling pinggan.
  • Tuangkan sos hollandaise ke atas telur.
  • Taburkan chilli flakes.
  • Siap untuk dihidang.


KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...