PANNA COTTA




Resepi Panna Cotta
(Untuk hidangan: 6 Remekin bersaiz 3")

Bahan-bahan:

400 ml Double Cream* 
75 ml Susu*
100 g Gula Caster 
1 ½ sudu kecil vanilla esen
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air sejuk

*Tips:
Jika sukar mendapatkan Double Cream, bolehlah di gantikan dengan 450 ml Heavy Cream + 50 ml Susu
ATAU
500 ml Whipping Cream tanpa di tambah susu (saya guna brand Pauls kerana whipping cream nya pekat sedikit daripada jenama lain)

Cara penyediaan: 
  1. Masukkan gelatin ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk. Biarkan selama 1 minit (tak perlu di kacau)
  2. Masukkan cream, susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana (sambil kacau perlahan-lahan untuk menghancurkan gula) sehingga bancuhan hampir mendidih.
  3. Kemudian  kecilkan api dan masukkan esen vanilla dan gelatin tadi ke dalam bancuhan. Kacau gelatin dan bancuhan sehingga sebati. Tutup api.
  4. Tapis bancuhan tadi dan masukkan ke dalam remekin atau mangkuk kecil (kaca atau plastik).
  5. *Tips: bilas remekin dengan air sejuk dan tak perlu di lap untuk memudahkan bancuhan dikeluarkan ketika dihidangkan
  6. Biarkan seketika pada suhu bilik (lebih kurang 1/2 jam)
  7. Tutup remekin dengan plastik (cling wrap) dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam dan kemudian boleh dihidangkan.

Cara hidangan:

Boleh terus dimakan daripada remekin atau mangkuk kaca/ plastik.
ATAU
Keluarkan daripada remekin; keluarkan plastik, rendam remekin dalam air panas selama 5 saat (jangan lebih, nanti Panna Cotta akan cair). Terbalikkan remekin ke dalam piring/ mangkuk. Jika susah hendak keluar, lalukan pisau disekeliling remekin. 

Bolehlah dihidangkan dengan sos kegemaran seperti strawberry, blueberry, chocolate dsb..



No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...