BAKED MANGO PUDDING


Resepi Baked Mango Pudding

Bahan-bahan:

2 biji Telur
60g Mentega (dicairkan)
4 sudu besar Gula
1 cawan Susu sejat
3 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Mangga - dilenyek
1 biji Mangga - dipotong kiub

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C
  2. Sapukan mentega pada permukaan dalam mangkuk casserole.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur perlahan-lahan.
  4. Masukkan mentega cair, gula dan susu. Kacau rata.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan mangga yang telah dilenyek. Kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan bancuhan ke dalam mangkuk casserole.
  8. Taburkan mangga yang dipotong kiub (simpan sedikit untuk hiasan).
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...