KANOM SAI SAI


Resipi Kanom Sai Sai

Bahan-bahan:

Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak
Daun pandan - carikkan 1-2 cm  memanjang 
Toothpick atau stapler
Lapisan luar
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung kacang hijau
4 sudu besar gula
Secubit garam
1/2 kotak (100ml) santan pekat
1 cawan air
Lapisan inti
1/2 cawan air pandan (3-4 helai daun pandan dikisar bersama air)
1/2 cawan tepung pulut
Inti
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula melaka
1/4 cawan air
Sehelai daun pandan - disimpul

Cara penyediaan:

Inti
  1. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak hingga gula melaka cair dan mendidih.
  3. Masukkan kelapa parut, gaul sebati dan masak hingga kelapa agak pekat.
  4. Tutup api dan ketepikan.

Lapisan inti
  1. Masukkan air pandan sedikit-sedikit ke dalam mangkuk yang berisi tepung.
  2. Bancuh tepung hingga adunan tidak melekat pada tangan. Ketepikan.

Lapisan luar
  1. Masukkan tepung beras, tepung kacang hijau, gula dan garam ke dalam kuali kecil. Gaulkan hingga sebati.
  2. Buka api kecil, masukkan santan dan air, kacau rata.
  3. Teruskan kacau supaya bancuhan tidak berketul.
  4. Setelah bancuhan menjadi sedikit pekat dan mula berwap dan meletup-letup, tutup api. Ketepikan.

Cara membalut:
  1. Letakkan daun pisang bersaiz kecil ke atas daun pisang yang bersaiz besar.
  2. Tuangkan satu sudu lapisan luar di atas daun pisang.
  3. Ambil sedikit adunan lapisan inti, leperkan pada tangan.
  4. Letakkan inti dan balut seperti bentuk bebola. 
  5. Letakkan bebola inti atas lapisan luar diikuti dengan satu sudu lagi lapisan luar di atasnya.
  6. Balut dengan daun pisang dan daun pandan yang telah dicarikkan.
  7. Klipkan balutan dengan toothpick atau stapler.
  8. Kukus selama 10-15 minit.
  9. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.



CREAMY POTATO SOUP


Resipi Potato Soup

Bahan-bahan:

3 biji kentang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
3 1/4 cawan susu segar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Daun bawang
Beef salami

Cara penyediaan:
  1. Potong kentang kecil-kecil, kemudian rebus hingga empuk.
  2. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar bersama 1/4 cawan susu.
  3. Kisar sehingga menjadi puri.
  4. Cairkan mentega di dalam periuk.
  5. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan 1 cawan susu, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan puri kentang tadi dan kacau rata dengan whisk.
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, kacau rata.
  9. Kemudian masukkan lagi 2 cawan susu, kacau rata dan biarkan sup hampir mendidih. Tutup api.
  10. Tuangkan sup ke dalam mangkuk.
  11. Goreng beef salami hingga garing dan potong kecil-kecil, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sup tadi bersama dengan hirisan daun bawang.





MONGOLIAN BEEF


Resipi Mongolian Beef

Bahan-bahan:

200g-250g daging steak - dihiris nipis
1/4 cawan tepung jagung
4 sudu besar minyak sayuran
1 inci halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
3 biji cili kering - potong dua
4 sudu besar kicap cair masin
2 sudu besar gula perang
3 sudu besar air
2 batang daun bawang - potong 1-2 inci

Cara penyediaan:
  1. Perap daging bersama tepung jagung seketika. 
  2. Panaskan minyak, goreng daging lebih kurang seminit setiap bahagian. Ketepikan.
  3. Keluarkan setengah minyak goreng daging tadi.
  4. Masukkan cili kering, halia dan bawang putih. Goreng dalam 15 saat.
  5. Masukkan kicap dan gula, kacau rata. 
  6. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  7. Kemudian masukkan daging dan daun bawang. Gaul sebati sebentar sahaja.
  8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.


KUIH PENERAM


Resipi Kuih Peneram

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula merah*
1/2 cawan air

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk dan masak hingga gula betul-betul cair. 
  2. Pastikan kacau sentiasa, biarkan gula sedikit mendidih dan berbuih-buih, tutup api.
  3. Kemudian buka api balik dan biarkan gula mendidih, tutup api.
  4. Ulangi proses ini 3 kali.* 
  5. Pastikan gula merah masak hancur.
  6. Ketika gula merah masih panas dan mendidih, tuangkan sedikit demi sedikit sambil ditapis ke dalam tepung beras yang sudah disediakan dalam bekas. 
  7. Kacau rata, kemudian diuli hingga menjadi doh.
  8. Kemudian perapkan pada suhu bilik semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.*
  9. Pastikan doh sentiasa diuli setiap 2-3 jam supaya tak keras.*
  10. Sapukan sedikit minyak pada penggelek dan ratakan doh hingga betul-betul nipis.
  11. Tekapkan doh menggunakan penekap, kemudian masukkan ke dalam minyak yang panas.
  12. Goreng hingga timbul dan balik-balikkan supaya ianya masak sekata.

Tips bertanda * 
- untuk pastikan doh tak menjadi keras
- gunakan gula merah seperti gambar dibawah






CANDY KELAPA


Resipi Candy Kelapa

Bahan-bahan:

6 cawan kelapa parut putih 
1 helai daun pandan
6 sudu kecil mentega atau vanaspati
12 sudu besar gula
3/4 cawan krimer manis jagung
3/4 cawan krimer manis tembikai susu
3/4 cawan krimer manis bandung

Cara penyediaan:
  1. Sangai kelapa parut bersama daun pandan seketika. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu kecil mentega. 
  3. Masukkan krimer manis jagung dan 4 sudu besar gula. Kacau sebati.
  4. Masukkan 2 cawan kelapa parut tadi dan kacau rata hingga sebati.
  5. Kacau sentiasa lebih kurang 15 minit hingga adunan kekeringan.
  6. Ulang proses dengan perisa krimer yang lain.
  7. Masukkan ke dalam bekas plastik atau loyang dan ratakan hingga padat. 
  8. Simpan dalam peti sejuk, selepas beberapa jam bolehlah dipotong dan dihidangkan.


KEK KRIMER MANIS COKELAT


Resipi Kek Krimer Manis Cokelat

Bahan-bahan:

200g mentega 
150g self-rising flour
200g krimer manis cokelat Saji
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 160°C.
  2. Oleskan mentega pada pan yg bersaiz 5" x 9".
  3. Pukul mentega hingga gebu dengan mixer. Kemudian masukkan gula dan pukul sehingga berkrim dan ringan - kelajuan tinggi (2 min).
  4. Masukkan telur satu persatu, pukul rata.
  5. Masukkan krimer manis, esen vanilla dan garam, kacau rata.
  6. Masukkan tepung dan kacau rata.
  7. Tuang ke dalam pan dan ratakan.
  8. Bakar selama 60 minit.
  9. Biarkan sejuk seketika, bolehlah dihidangkan.

ONION LOAF


Resipi Onion Loaf

Bahan-bahan:

5 biji bawang holland
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:
  1. Hiris bulat bawang dan leraikan.
  2. Pukul telur, kemudian masukkan susu dan kacau rata.
  3. Masukkan bawang ke dalam bancuhan dan perap selama 30 minit.
  4. Gaul sebati tepung, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, celup bawang ke dalam tepung dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  6. Panaskan oven 200°C
  7. Susun bawang tadi ke dalam bundt pan hingga padat.
  8. Bakar selama 8-10 minit.
  9. Keluarkan daripada pan dan masukkan ke dalam pinggan untuk di hidangkan.










KAI SI HOR FUN


Resipi Kai Si Hor Fun

Bahan-bahannya:

Sisa & tulang - daripada 1 ekor ayam
1 ketul dada ayam - saiz besar 
300g udang - saiz sederhana besar
2 paket kueyteow halus
2.5 liter air
1 sudu kecil lada sulah
Garam & gula secukup rasa
Bawang goreng
Daun kucai & taugeh
Kicap cair
Cili merah

Cara penyediaan:
  1. Masukkan sisa dan tulang ayam ke dalam periuk besar, tuangkan air, masukkan lada sulah dan rebus selama sejam dengan api sederhana kecil.
  2. Bersihkan udang, keluarkan kulit dan kepala tetapi biarkan bahagian ekornya.
  3. Selepas 30 minit ayam tadi direbus, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan kepala dan kulit udang tadi.
  4. Goreng selama 10 minit hingga ianya menjadi garing.
  5. Kemudian masukkan gorengan tadi ke dalam periuk rebusan ayam.
  6. Masukkan juga dada ayam, tutup periuk dan perlahankan lagi api.
  7. Selepas 15 minit, buka penutup, keluarkan dada ayam dan biarkan sejuk seketika. Kemudian carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.
  8. Celurkan udang ke dalam air rebusan tadi dan ketepikan.
  9. Tapis air rebusan ayam ke dalam periuk lain, rebus lagi hingga mendidih.
  10. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tutup api.
Cara hidangan:
  • Celurkan kueyteow dah masukkan ke dalam mangkuk
  • Potong daun kucai dalam 2 inci dan celurkan bersama taugeh
  • Tuangkan kuah sup, masukkan ayam dan udang serta taburkan bawang goreng
  • Untuk menambahkan sedikit kepedasan, hiris cili merah dan campurkan bersama kicap cair





NUTELLA CHEESE KUNAFA


Resipi Nutella Cheese Kunafa

Bahan-bahan air gula:

3/4 cawan gula
3/4 cawan air
2 sudu besar madu atau air mawar atau esen vanilla (1 sudu kecil)
2 sudu besar jus lemon

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana besar.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.
  3. Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.
  4. Sejukkan pada suhu bilik.

Bahan-bahan untuk Kunafa:

300g Kataifi Dough
50g pistachio - dikisar halus
70g mentega - dibiarkan pada suhu bilik
100g Nutella
100g Mozzarella Cheese - shredded

*Tips untuk penggunaan kataifi dough
Simpan dough di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer)
Sebelum membuat kunafa, pastikan dough diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
Kemudian keluarkan dough daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam.
Potong dough mengikut kuantiti yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer)


Cara penyediaan Kunafa:
  1. Masukkan dough ke dalam mangkuk besar. Lerai-leraikan dengan tangan.
  2. Masukkan 5 sudu besar mentega, usap dan rata-ratakan pada dough.
  3. Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama (saya gunakan loyang 3" 6 lubang)
  4. Bahagikan dough kepada 12 bahagian yang sama banyak.
  5. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang. 
  6. Ambil satu bahagian dough, masukkan ke dalam setiap lubang dan padat-padatkan.
  7. Taburkan 2 sudu besar mozzarella cheese pada setiap lubang. Kemudian paipkan nutella.
  8. Masukkan lapisan kedua dough dan padat-padatkan.
  9. Bakar 200°C selama  25 min.
  10. Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas kunafa sehingga habis.
  11. Biarkan 10 minit, ambil board, tutupkan pan dan terbalikkan pan.
  12. Taburkan dengan pistachio dan bolehlah dihidangkan.

TURKISH DELIGHT


Resipi Turkish Delight 

Bahan-bahan:

2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu kecil jus lemon
3/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil esen vanilla atau perisa strawberry atau apa-apa perisa yang digemari atau pun 1/2 sudu besar rose water
2 titik perwarna merah atau apa-apa warna yang digemari
50g Pistachio - kisar kasar (optional)

Untuk dusting:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula icing

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana kecil.
  2. Masukkan gula, 3/4 cawan air dan jus lemon ke dalam pan.
  3. Kacau rata sehingga gula hancur.
  4. Biarkan mendidih sambil di kacau sekali sekala selama 10 minit. Ketepikan.
  5. Di dalam non stick pan yang lain, masukkan tepung jagung, cream of tartar dan 1 1/4 cawan air. Kacau sebati.
  6. Letakkan pan atas dapur dengan api kecil sambil terus di kacau supaya tidak berketul-ketul.
  7. Setelah bancuhan menjadi likat, tuangkan sedikit demi sedikit air gula hingga habis sambil terus di kacau.
  8. Kemudian biarkan selama 40 minit dan setiap 15 minit, kacau rata seketika.
  9. Setelah 40 minit, bancuhan akan menjadi warna keemasan, tutup api.
  10. Kacau rata seketika, tuangkan perwarna dan perisa, kacau sebati.
  11. Taburkan pula pistachio dan kacau sebati.
  12. Kemudian tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar atau aluminum foil.
  13. Rata-ratakan dan biarkan terbuka semalaman pada suhu bilik. 
  14. Campurkan tepung jagung dan gula icing di dalam bekas, kemudian taburkan sedikit ke atas papan pemotong.
  15. Keluarkan Turkish Delight daripada loyang dan letakkan di atas papan pemotong.
  16. Potong Turkish Delight bentuk kiub kecil dan gaulkan dengan campuran tepung dan gula tadi.
  17. Boleh terus dihidangkan dan sekiranya hendak menyimpannya, simpan di dalam air tight container dengan lebihan campuran tepung jagung dan gula icing tadi.

BAKLAVA



Resipi Baklava

Bahan-bahan air gula:

3/4 cawan gula
3/4 cawan air
2 sudu besar madu
2 sudu besar jus lemon

Cara penyediaan:
  1. Buka api sederhana besar.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecil. Kacau sebati.
  3. Setelah ke semua bahan sebati, perlahankan api dan biarkan selama 3-4 minit.
  4. Sejukkan pada suhu bilik.

Bahan-bahan untuk filling baklava:

100g pistachio
100g walnut
50g almond
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu mani
150g mentega - dicairkan (untuk disapu atas fillo pastry)
1 paket fillo pastry - potong ikut saiz loyang (30 helai)

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua kacang ke dalam food processor dan kisar (jangan terlalu halus).
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati.

*Tips untuk penggunaan fillo pastry
  • Simpan fillo pastry di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer)
  • Sebelum membuat baklava, pastikan fillo diletakkan di bahagian peti sejuk biasa semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kemudian keluarkan fillo pastry daripada kotak (tetapi jangan dibuka plastik pembalutnya) dan biarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1 jam 
  • Potong fillo pastry mengikut saiz loyang yang akan digunakan (simpan lebihan didalam freezer)
  • Tutup fillo yang telah dipotong untuk membuat baklava dengan kain yang lembap (pastikan tiada air yang menitik daripada kain)
  • Pastikan fillo sentiasa di tutup semasa membuat baklava

Cara penyediaan baklava:
  1. Sediakan loyang berbentuk empat segi tepat atau sama. (saya gunakan loyang 8" x 8")
  2. Sapukan mentega pada sekeliling bahagian dalam loyang. 
  3. Letak sehelai lapisan fillo dalam loyang.
  4. Kemudian sapukan fillo dengan mentega cair.
  5. Lapiskan lagi fillo kedua ke atas lapisan fillo pertama.
  6. Ulang proses ini sehingga 10 helai fillo.
  7. Taburkan filling kacang dan rata-ratakan.
  8. Kemudian lapiskan fillo sehingga 5 helai lapisan.
  9. Taburkan lagi filling kacang dan rata-ratakan.
  10. Ulang proses ini sehingga 3 kali taburan filling kacang.
  11. Selepas taburan filling kacang yang ketiga, letakkan fillo dan lapiskan sebanyak 10 helai lapisan.
  12. Pastikan setiap lapisan disapu dengan mentega.
  13. Kemudian potong baklava seperti bentuk diamond dan sapukan mentega.
  14. Bakar 180°C selama  35-40 min.
  15. Setelah siap dibakar, cepat-cepat tuangkan air gula ke atas baklava sehingga habis.
  16. Biarkan 30 minit (seelok-eloknya 4 jam) dan bolehlah dimakan.

*Baklava boleh dibiarkan dan disimpan didalam loyang (tutup dengan kain) selama 2-3 minggu 



KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...