Showing posts with label MASAKAN ARAB. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN ARAB. Show all posts

HUMMUS


Resepi Hummus

Bahan-bahan:


1 tin kacang kuda (425g Chickpeas)
- tos dan bilaskan
4 sudu besar jus lemon
4 sudu besar tahini
1 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar air
Secubit serbuk paprika

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tahini dan jus lemon ke dalam food processor dan proses selama 30 saat.
  2. Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
  3. Masukkan pula minyak zaitun, bawang putih dan garam, kemudian proses selama 30 saat.
  4. Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
  5. Kemudian masukkan setengah dulu kacang kuda dan proses selama 1 minit.
  6. Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan masukkan setengah lagi kacang kuda. 
  7. Proses lagi selama 1 minit.
  8. Sekiranya hummus terlalu pekat, masukkan 2-3 sudu air dan proses lagi sehingga sekata (lebih kurang 30 saat).
  9. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama minyak zaitun dan serbuk paprika.

NASI MANDI AYAM KABSA


Resepi Nasi Mandi

Bahan-bahan Stok Ayam:

1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian
1 biji bawang besar - di potong dadu
4 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris kasar 
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam
2 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 ketul kiub ayam
Sedikit saffron
Air secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Di atas api sederhana , rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 30 minit)
  2. Kemudian  angkat dan toskan
  3. Simpan air stok ini untuk memasak nasi.
Bahan-bahan Memasak Nasi:

3 cawan beras Basmati Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit)
4 cawan air stok ayam
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
5 ulas bawang merah - dihiris halus
2 sudu kecil Rempah Kabsah
Sedikit saffron 

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak sapi dan mentega
  2. Masukkan bawang, goreng hingga naik bau dan bawang menjadi layu kekuningan.
  3. Masukkan rempah kabsah dan kacau rata
  4. Masukkan air stok ayam bersama dengan bahan-bahan stok. Kacau rata sebentar
  5. Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras
  6. Apabila nasi telah hampir masak, taburkan saffron
  7. Biarkan seketika dan gemburkan nasi dengan garpu.
Bahan-bahan Rempah Kabsa:

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:
  1. Goreng tanpa minyak semua bahan-bahan kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau.
  2. Kisar semua bahan sehingga halus
  3. Gaulkan dengan serbuk cili dan kunyit. Ketepikan
Cara penyediaan: Perapan dan Panggang
  • Perap ayam yang telah direbus dengan rempah kabsa sekurang-kurangnya 15 minit
  • Titiskan sedikit minyak pada perapan ayam
  • Balut dengan aluminium foil kemudian bolehlah di bakar atau panggang




Bahan -bahan Tabbouleh:

3/4 cawan air mendidih
1/4 cawan couscous
1 sudu besar minyak zaitun
1 cawan tomato - didadu
1 cawan timun - didadu
3 cawan parsley - dihiris
1 sudu kecil serbuk bawang putih
Garam secukup rasa
Perahan lemon - secukup rasa

Cara penyediaan: 
  1. Masukkan couscous ke dalam periuk dan letakkan air panas dan didihkan selama 2 minit.
  2. Tutup api dan biarkan kuskus didalam periuk selama 5 - 10 minit sehingga ianya kembang dan lembut.
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Satukan jus lemon, garam, minyak zaitun, serbuk bawang putih dan kacau rata.
  5. Gaulkan kuskus bersama salad dan bolehlah dihidangkan


Bahan-bahan Salata Hara:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Jus lemon

Cara penyediaan:
  • Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja jangan sampai terlalu hancur.
  • Atau pun seelok-eloknya gunakan food processor.
  • Bolehlah dihidangkan.









NASI BUKHARI


Resepi Nasi Bukhari

Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi Khadijah
3 cawan air
1 cawan cooking cream atau whipping cream
3 sudu besar yogurt
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - dicincang
2 helai daun pandan
*1 inci halia 
*3 ulas bawang merah 
*1 ulas bawang putih
*di kisar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar tomato puri
2 sudu kecil garam
1 genggam daun ketumbar - potong kasar
1 genggam daun pudina
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus
Bawang goreng
Air mawar

Cara penyediaan:
  1. Cuci bersih dan rendam beras selama 20 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan mentega.
  3. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daun pandan dan bawang besar. Tumis sehingga beraroma dan bawang layu kekuningan.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata
  5. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan dan tomato puri. Kacau rata
  6. Masukkan air, garam, krim dan yogurt. Kacau rata dan sebatikan.
  7. Kemudian, masukkan beras dan kacau bersama rempah tadi hingga sebati dan padamkan api.
  8. Tuang  beras bersama rempah tadi ke dalam periuk nasi elektrik dan gaul bersama kismis, daun ketumbar, daun pudina dan kacang gajus hingga sebati.
  9. Biarkan hingga masak menjadi nasi.
  10. Sebelum nasi masak, buka penutup dan renjiskan sedikit air mawar dan gaul-gaulkan nasi.
  11. Di hidang panas dan ditaburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...