Resepi Thai Red Ruby
Bahan-bahan:
10 biji Sengkuang Cina (Water Chestnuts)
1/2 cawan Tepung Ubi
3-4 sudu besar Air
Pewarna merah
5 ulas Nangka (optional) - dihiris halus
Cara penyediaan:
- Kupas kulit sengkuang cina dan rendamkan didalam mangkuk yang berisi air sejuk.
- Kemudian potong dadu kecil-kecil isinya.
- Campurkan isi sengkuang, air dan beberapa titik pewarna merah. Gaul rata dan ketepikan selama 15 minit.
- Kemudian toskan dan gaul bersama tepung ubi atau boleh juga dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan goncangkan perlahan-lahan sehingga disaluti tepung.
- Masukkan ke dalam penapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung.
- Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung tadi.
- Masak sehingga sengkuang terapung ke atas permukaan air.
- Cedok sengkuang yang terapung menggunakan penapis dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk dan ais.
200 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
Secubit garam
Sehelai daun pandan
Cara penyediaan:
- Satukan kesemua bahan ke dalam periuk kecil.
- Panaskan atas api hingga naik wap sahaja. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur.
- Tutup api dan sejukkan.
- Kisar ais dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Toskan sengkuang yang direndamkan tadi dan masukkan bersama nangka.
- Tuangkan kuah santan dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment