Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

KUIH PENERAM


Resipi Kuih Peneram

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula merah*
1/2 cawan air

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk dan masak hingga gula betul-betul cair. 
  2. Pastikan kacau sentiasa, biarkan gula sedikit mendidih dan berbuih-buih, tutup api.
  3. Kemudian buka api balik dan biarkan gula mendidih, tutup api.
  4. Ulangi proses ini 3 kali.* 
  5. Pastikan gula merah masak hancur.
  6. Ketika gula merah masih panas dan mendidih, tuangkan sedikit demi sedikit sambil ditapis ke dalam tepung beras yang sudah disediakan dalam bekas. 
  7. Kacau rata, kemudian diuli hingga menjadi doh.
  8. Kemudian perapkan pada suhu bilik semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.*
  9. Pastikan doh sentiasa diuli setiap 2-3 jam supaya tak keras.*
  10. Sapukan sedikit minyak pada penggelek dan ratakan doh hingga betul-betul nipis.
  11. Tekapkan doh menggunakan penekap, kemudian masukkan ke dalam minyak yang panas.
  12. Goreng hingga timbul dan balik-balikkan supaya ianya masak sekata.

Tips bertanda * 
- untuk pastikan doh tak menjadi keras
- gunakan gula merah seperti gambar dibawah






KUIH CARA STRAWBERRY


Resepi Kuih Cara Strawberry
(Untuk hidangan: 24 biji)

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
1/2 cawan Santan Pekat
1 1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam
Sedikit pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry
Jem strawberry
Buah strawberry - potong 4-6 bahagian

Alatan:
Acuan Kuih Cara

Cara penyediaan:
  1. Bancuh semua bahan adunan dan kacau sehingga sebati. 
  2. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan-ketulan tepung.  
  3. Panaskan acuan Kuih Cara.
  4. Sapu sedikit minyak pada permukaan acuan.
  5. Masukkan bancuhan ke dalam acuan (sekadar hampir-hampir penuh)
  6. Biarkan seketika (dalam 30 saat) supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.
  7. Kemudian masukkan 1 sudu kecil jem strawberry dan letakkan beberapa potong buah strawberry.
  8. Tutup dengan penutup acuan atau tudung periuk.
  9. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
  10. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat.

PULUT DAKAP


Resepi Pulut Dakap

Bahan-bahan:


500g beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar gula
Secubit garam
Sesikat pisang raja
Daun pisang
Tali rafia - untuk membalut ketupat

Cara penyediaan:

  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Toskan beras sehingga kering. 
  3. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
  4. Kukus beras pulut hingga separuh masak lebih kurang 20 minit.
  5. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.
  6. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja. 
  7. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  8. Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.
  9. Tuang santan tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan pulut. 
  10. Santan tidak perlu tuang habis, sekadar cukup-cukup untuk melembabkan pulut. Jika terlebih boleh melembikkan pulut.
  11. Biarkan dulu sebentar lebih kurang 10 minit.
  12. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak lebih kurang 25 minit.
  13. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar dan sejukkan sebentar.
  14. Lap bersih daun pisang, potong lebih kurang dua saiz tapak tangan dan layurkan.
  15. dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.
  16. Letakkan pulut lebih kurang 2 sudu besar di atas daun pisang  dan rata-ratakan sebesar tapak tangan.
  17. Pisang di belah dua dan letakkan di atas pulut. Kemudian gulungkan.
  18. Balut daun pisang seperti membuat lepat pisang.
  19. Dakapkan dua balutan dan ikat ketat dengan tali rafia 4 - 5 bahagian.
  20. Kukus semula pulut selama 10 minit.

APAM NASI


Resepi Apam Nasi

Bahan-bahan:


1 cawan Nasi
1 cawan Tepung Gandum - di ayak
1 Cawan Tepung Beras - di ayak
3/4  Cawan Gula Pasir
1 1/2 Cawan Air
1/2 Sudu Besar Yis
1/4 Sudu Kecil Soda bikarbonat
Pewarna pilihan

Cara penyediaan:

  1. Kisar nasi dan air dalam blender sehingga hancur. 
  2. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung beras, soda bikarbonat dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  4. Masukkan bancuhan nasi tadi ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. 
  5. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan.
  7. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  8. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
  9. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan (3/4 ketinggian acuan)
  10. Pastikan air kukusan telah mendidih dan masukkan acuan
  11. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana besar.
  12. Kelapa parut dicampurkan garam ditabur diatas apam sebelum dimakan.

*
Beza apam ni dengan apam eno ialah ianya tak berapa merekah dan berat sedikit.

ROTI JALA



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit atau perwarna kuning

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan dalam blender, kemudian tapiskan bancuhan.
  2. Panaskan non stick pan dengan api perlahan dan sapukan sedikit marjerin.
  3. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas pan membentuk jaring.
  4. Setelah masak, boleh di lipat atau digulungkan.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama kuah kari atau kuah durian.

WAJIK


Resepi Wajik

Bahan-bahan: 

250g beras pulut
2 kotak santan (400ml)
200g gula melaka
2 sudu besar gula merah
3 helai daun pandan (diikat)
Daun pisang
Secubit garam 

Cara penyediaan:
  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Toskan beras sehingga kering. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan 1 1/2 kotak santan ke dalam jag.
  4. Masukkan 1/2 kotak santan lagi ke dalam cawan besar dan campurkan 1/2 cawan air serta secubit garam. 
  5. Kacau dan masukkan  ke dalam mangkuk yang berisi beras tadi dan biarkan selama 30 minit. 
  6. Kemudian toskan beras yang bercampur santan tadi (masukkan air lebihan semasa tos tadi ke dalam jag yang berisi 1 1/2 kotak santan)
  7. Masukkan 1 ikat daun pandan ke dalam periuk pengukus. 
  8. Setelah air mendidih, letakkan daun pisang di dalam periuk pengukus dan taburkan beras di atasnya. 
  9. Kukus selama 30 minit
  10. Satukan gula melaka, gula merah dan 2 ikat daun pandan bersama 1 cawan air.
  11. Masak sehingga gula hancur dan cair. Seterusnya, masukkan 1 1/2 cawan santan tadi, masak dengan api yang kecil. 
  12. Kacau hingga sebati dan pekat kehitam-hitaman - anggaran masa dalam 30-40 minit
  13. Kemudian masukkan pulut yang sudah dikukus tadi, kacau perlahan-lahan hingga sebati dan pekat - anggaran masa dalam 10-15 minit.
  14. Akhir sekali tuangkan ke dalam loyang yang telah diletakkan daun pisang. 
  15. Kemudian bolehlah disejukkan pada suhu bilik.


PISANG GORENG PANDAN



Resepi Pisang Goreng Pandan

Bahan-bahan : 

1/2 sikat Pisang Nangka
10 sudu besar Tepung Beras
*1 cawan air pandan
**kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis
5 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur (optional)
Sedikit pewarna makanan hijau (optional)
Sedikit Garam

Cara penyediaan:
  1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi. 
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
  4. Masukkan beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata.
  5. Panaskan minyak.
  6. Celupkan pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang hingga nampak garing kehijauan.


PISANG GORENG BALI



Resepi Pisang Goreng Bali
(Untuk hidangan: 5 biji pisang)

Bahan-bahan:

5 biji Pisang Nangka (kalau boleh gunakan pisang yang hampir nak masak).
2 sudu besar Marjerin atau Mentega
1 ½ sudu besar Gula
Kelapa parut
Gula merah 

Cara penyediaan:
  1. Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
  2. Panaskan marjerin/mentega dalam kuali non-stick. 
  3. Bila dah cair, masukkan gula & kacau hingga gula bertukar keperangan (caramelized). 
  4. Masukkan pisang dan masak pisang dengan membalik-balikkannya hingga bersalut dengan gula dan nampak keperangan.
  5. Susun dalam pinggan dan hidangkan bersama kelapa parut dan gula merah. 


KUIH CARA NUTELLA


Resepi Kuih Cara Nutella
(Untuk hidangan: 24 biji)

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
1/2 cawan Santan Pekat
1 1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar Serbuk Koko
Nutella

Alatan:
Acuan Kuih Cara

Cara penyediaan:
  1. Bancuh semua bahan adunan dan kacau sehingga sebati. 
  2. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan-ketulan tepung.  
  3. Panaskan acuan Kuih Cara.
  4. Sapu sedikit minyak pada permukaan acuan.
  5. Masukkan bancuhan ke dalam acuan (sekadar hampir-hampir penuh)
  6. Biarkan seketika (dalam 30 saat) supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.
  7. Kemudian masukkan 1 sudu kecil Nutella di atas bancuhan (kalau suka boleh tambah 1 sudu lagi).
  8. Tutup dengan penutup acuan atau tudung periuk.
  9. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
  10. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat.


KUIH SERI MUKA


Resepi Kuih Seri Muka

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
200g Beras Pulut
1 cawan Santan*
*(1/2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air) 
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Minyak masak
1 helai daun pandan - dipotong kecil-kecil

Cara penyediaan:
  1. Basuhkan beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dikukus
  2. Toskan beras
  3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci. 
  4. Masukkan daun pandan dan beras pulut.
  5. Bancuhkan santan, garam dan minyak, kemudian tuangkan kedalam loyang dan rata-ratakan.
  6. Kukus beras sehingga masak (anggaran 20 minit)
  7. Gaul-gaulkan dahulu pulut, keluarkan daun pandan tadi dan kemudian tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  8. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
1 kotak | 200 ml Santan Pekat 
1/2 cawan Jus Pandan*
 *(8 helai daun pandan di kisar dengan air)
1/2 cawan Gula Caster
3 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Boleh juga kisar bahan-bahan menggunakan blender. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 35 minit. Kemudian buka penutup, kukus lagi selama 5 minit.
  4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.


KUIH BAKAR PANDAN



Kebiasaannya kuih bakar di buat di dalam loyang atau acuan kuih bakar bunga. Untuk resepi ini, kuih bakar di buat di dalam muffin pan atau cupcake cases.



Resepi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:

½ cawan Tepung gandum
½ cawan Gula caster
½ cawan Air*  
8 helai Daun pandan*
*(di kisar dan tapis)
1 ½ kotak | 300 ml Santan
2 biji Telur
¼ sudu kecil Garam
Bijan secukupnya

Alatan:
Muffin pan, 12 lubang
ATAU
Cupcake cases/ liners, saiz L
ATAU
Muffin pan, saiz 6x10 inci atau 8x8 inci

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C.
  2. Sapu minyak di bahagian dalam muffin pan. Panaskan selama 5 minit didalam oven.
  3. Sekiranya menggunakan cupcake cases, tidak perlu disapu minyak dan dipanaskan.
  4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk. 
  5. Boleh juga kisar bahan-bahan menggunakan blender. Kemudian tapiskan.
  6. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam muffin pan atau pun cupcake cases.
  7. Bakar selama 10min, kemudian keluarkan daripada oven dan taburkan bijan.
  8. Sambung bakar selama 40 - 45 minit.




KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...