Showing posts with label APPETIZER. Show all posts
Showing posts with label APPETIZER. Show all posts

SATE LILIT SERAI


Resepi Sate Lilit Serai

Bahan-bahan:


2 ketul dada ayam - buang tulang, ambil isi
8-10 batang serai

Bahan-bahan perapan:

1 paket perencah sayur goreng Adabi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun kucai - dicincang kasar

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam, potong kecil-kecil dan kisar isi ayam menggunakan food processor.
  2. Masukkan isi ayam bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. 
  3. Ambil sedikit adunan, kepalkan dan lilitkan pada batang serai.
  4. Perapkan dalam setengah jam.
  5. Goreng dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak zaitun hingga masak (sambil dibalik-balikkan sate).


BEIGNETS


Resepi Beignets
(Untuk hidangan: 25 Beignets)

Bahan-bahan:

1/3 cawan air suam
2  sudu kecil yis
1 1/2 sudu besar gula
1 biji telur
1/3 cawan susu sejat
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar minyak sayuran
Minyak sayuran untuk menggoreng
Gula icing

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air suam dan 1 sudu besar gula dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan yis dan kacau seketika. Biarkan selama 10 minit.
  3. Masukkan pula telur, susu dan minyak. Kacau sebati.
  4. Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung, garam dan lebihan gula tadi. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam mangkuk yis tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan spatula.
  6. Setelah semua tepung dimasukkan, uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
  7. Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk besar yang telah di sapu sedikit minyak.
  8. Tutup dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk. 
  9. Biarkan selama sekurang-kurangnya sejam
  10. Keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditaburkan sedikit tepung.
  11. Gelekkan doh menggunakan roller sehingga ketebalan menjadi 1/2 cm.
  12. Kemudian potong doh menggunakan pisau tajam membentuk empat segi tepat yang berukuran 2 inci x 3 inci.
  13. Letakkan doh di atas dulang yang dilapik kertas pembakar dan tutup menggunakan kain bersih selama 15 minit.
  14. Panaskan minyak dengan api sederhana dan masukkan doh tadi.
  15. Goreng sehingga perang keemasan selama lebih kurang 1 minit setiap permukaan.
  16. Toskan di atas tisu.
  17. Taburkan gula icing pada setiap permukaan dan bolehlah dihidangkan.

AVOCADO CHICKEN SALAD


Resepi Avocado Chicken Salad

Bahan-bahan:


1 ketul dada ayam - rebus hingga masak dan carik-carikkan
2 biji avocado - dipotong dadu besar
3/4 cawan jagung
2 keping streaky beef atau beef salami - digoreng garing dan dicincang
3 sudu besar daun bawang - dicincang
2 biji telur rebus - dipotong 4 bahagian

Lemon Dressing:
3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali telur. Gaul rata.
  2. Bancuhkan semua bahan lemon dressing didalam mangkuk kecil. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk salad dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan telur dan siap untuk dihidangkan.


AYAM GORENG PANDAN



Resepi Ayam Goreng Pandan

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam
Daun Pandan
Lidi

Bahan-bahan perapan:

*2 batang serai
*5 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 5 biji cili padi
*dikisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci. Kemudian toskan.
  2. Masukkan ayam tadi bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  3. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam didalam peti sejuk.
  4. Sediakan daun pandan dan masukkan beberapa ketul ayam - bergantung kepada saiz daun pandan.
  5. Balut ayam tadi dengan pelbagai cara yang sesuai dan gunakan lidi untuk mengelakkan daun tadi terbuka.
  6. Kemudian bolehlah terus digoreng atau seelok-eloknya diperap lagi selama setengah jam.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak lebih kurang 4 - 5 minit. 
  8. Setelah di angkat dari kuali, toskan dulu lebihan minyak di atas kitchen towel.

FRENCH ONION SOUP


Resepi French Onion Soup

Bahan-bahan:

3 biji bawang holland - dihiris nipis
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 cawan stok daging/ stok ayam/ stok sayuran
1 sudu besar apple cider 
1 helai bay leave
1/2 sudu kecil daun tyhme kering
French bread/ baguette
Gruyere cheese/ Parmesan Cheese

Cara penyediaan:
  1. Panaskan mentega didalam periuk.
  2. Masukkan bawang dan kacau rata.
  3. Tuangkan minyak zaitun atas permukaan bawang.
  4. Perlahankan api dan tutup periuk.
  5. Selepas 15 minit, buka penutup dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan gula.
  6. Kacau rata dan biarkan selama 15 minit lagi sambil di kacau sekali sekala.
  7. Kemudian masukkan bay leave, tyhme dan apple cider. Kacau rata.
  8. Masukkan pula stok daging, tutup periuk dan biarkan mendidih selama 30-40 minit.
  9. Keluarkan bay leave dan tuangkan sup didalam mangkuk/ remekin/ casserole.
  10. Bakar roti dan sapukan garlic spread.
  11. Letakkan roti di atas sup tadi dan taburkan cheese di atasnya hingga menutupi roti.
  12. Bakar di dalam oven 200°C selama 10-15 minit atau kalau guna kaedah broil, cukup sekadar 2-3 minit.
  13. Taburkan daun sup dan bolehlah dihidangkan.


PISANG GORENG PANDAN



Resepi Pisang Goreng Pandan

Bahan-bahan : 

1/2 sikat Pisang Nangka
10 sudu besar Tepung Beras
*1 cawan air pandan
**kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis
5 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur (optional)
Sedikit pewarna makanan hijau (optional)
Sedikit Garam

Cara penyediaan:
  1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi. 
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
  4. Masukkan beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata.
  5. Panaskan minyak.
  6. Celupkan pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang hingga nampak garing kehijauan.


SAVORY WAFFLES


Resepi Savory Waffle 
(Untuk hidangan: 8 - 10 keping waffle)

Bahan-bahan: 


2 cawan Tepung Gandum
2 cawan Susu
4 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Garam
2 sudu besar Gula
2 biji Telur - asingkan telur putih dan kuning
5 sudu besar Minyak sayuran
1 sudu kecil Esen Vanilla
3/4 cawan Cheddar cheese
1/2 cawan Jagung Kernel
1 cawan Crispy Prawn Spice - digoreng dan dicincang kasar
1 cawan daun bawang - dicincang

Cara penyediaan:

  1. Panaskan acuan wafel dan kemudian sapu minyak
  2. Campurkan tepung, baking powder, garam dan gula dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain, masukkan susu, telur kuning, minyak dan vanilla. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan campuran tepung ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati
  5. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur putih sehingga kembang dan padat. Kemudian masukkan  ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan pula udang, daun bawang, jagung dan cheese. Kacau sekata.
  7. Simpan bancuhan didalam peti sejuk terlebih dahulu.
  8. Selepas 15 minit, keluarkan daripada peti sejuk dan bolehlah dibakar.
  9. Bakar sehingga masak (lebih kurang 5 minit)
  10. Hidangkan dengan lebihan jagung, udang dan daun bawang.

BELGIAN RAINBOW WAFFLE


Resepi Wafel Pelangi
(Untuk hidangan: 4-5 keping wafel)

Bahan-bahan:

2 cawan Tepung Gandum
2 cawan Susu
4 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Garam
2 sudu besar Gula
2 biji Telur - asingkan telur putih dan kuning
5 sudu besar Minyak sayuran (saya guna Canola)
1 sudu kecil Esen Vanilla
Perwarna makanan (ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah)

Cara penyediaan: 
  1. Panaskan acuan wafel dan kemudian sapu minyak
  2. Campurkan tepung, baking powder, garam dan gula dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain, masukkan susu, telur kuning, minyak dan vanilla. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan campuran tepung ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati
  5. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur putih sehingga kembang dan padat. Kemudian masukkan  ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati
  6. Sediakan 6 bekas plastik dan tuangkan bancuhan sama banyak ke dalam setiap bekas
  7. Kemudian tuangkan beberapa titik pewarna ke dalam bekas dan kacau rata
  8. Masukkan bancuhan ke dalam acuan wafel dengan mulakan bahagian tengah dahulu.
  9. Bakar sehingga masak (lebih kurang 5 minit)


CORN ON THE SAUSAGE



Resepi Sosej Bersalut Jagung
(Untuk hidangan: 5 sosej)

Bahan-bahan untuk bancuhan:

5 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya

Bahan-bahan:

5 batang sosej
1 tin kecil jagung manis (di tapis dan di toskan)
5 batang lidi sate
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan bancuhan dalam mangkuk dan kacau rata
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan hampir-hampir pekat - tidak cair dan terlalu pekat
  3. Rebus sosej sehingga masak
  4. Cucukkan sosej dengan lidi dan salutkan dengan bancuhan tadi. Kemudian tekapkan pada jagung.
  5. Goreng dalam minyak yang panas (deep fry) selama 1 - 2 minit. Angkat dan hidangkan.


MIANG KHAM


Resepi Miang Kham

Bahan-bahan untuk sos:

*100g Gula Merah
*100 ml Air
*(masukkan kedua-dua bahan dalam periuk dan masak sehingga gula cair)
1 sudu besar Sos Ikan 
1/2 inci Belacan (yg sudah dibakar)
5 biji Bawang Merah
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
1/2 sudu besar Kerisek
1 sudu besar Tepung Gandum (di sangai)
1/2 sudu besar air Asam Jawa
4-5 biji Cili Padi merah

Cara penyediaan:
  1. Panggang dulu bawang merah, halia dan lengkuas sebelum dikupas kulitnya.
  2. Kemudian potong kecil dan kisar bersama belacan, cili padi merah dan air gula merah.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk bersama sos ikan, kerisek dan air asam jawa.
  4. Kacau perlahan dan masak di atas api kecil hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau perlahan sehingga kuah jadi pekat.
 Bahan-bahan Miang Kham:
  • Daun kaduk - dibersihkan
  • Bawang besar - dipotong dadu
  • Halia muda - dipotong dadu
  • Limau nipis - dipotong kecil-kecil
  • Cili padi merah dan hijau - dipotong kecil-kecil
  • Kacang tanah - di goreng dan ditumbuk kasar
  • Isi kelapa - dipotong halus dan nipis, kemudian di goreng separuh garing (boleh juga gunakan kelapa parut)
  • Udang kering - digoreng
Cara hidangan:
  • Sapukan sos diatas daun kaduk
  • Letakkan kesemua bahan-bahan di atas daun
  • Kemudian lipat daun (menutupi kesemua bahan)


YORKSHIRE PUDDING



Resepi Yorkshire Pudding
(Untuk hidangan: Muffin pan 6 lubang)

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
170 ml Susu
3 biji Telur saiz L
1/4 sudu kecil Garam 
Minyak sayuran (sunflower atau canola)

Cara penyediaan:
  1. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan tepung. Pukul sehingga rata.
  2. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan sambil di kacau rata sehingga sebati.
  3. Masukkan garam, kacau rata dan tuangkan ke dalam jag.
  4. Biarkan bancuhan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Panaskan oven 220°C.
  6. Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam muffin pan dan panaskan dalam oven selama 15 minit.
  7. Keluarkan muffin pan daripada oven, dan tuangkan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati bancuhan ke dalam lubang pan.
  8. Tuangkan sehingga 1/2 lubang pan.
  9. Masukkan semula muffin pan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit (biarkan di dalam oven dan jangan di buka selama tempoh tersebut)
  10. Selepas dibakar, bolehlah terus dihidangkan
*Kalau nak rasa yang berperisa pandan, masukkan beberapa titik perisa pandan ke dalam bancuhan.




KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...