BLUEBERRY LEMON CAKE



Resepi Blueberry Lemon Cake

Bahan-bahan:

2 biji telur (gred A)
1 cawan gula
1 cawan (220g) sour cream
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar parutan lemon
400g Blueberry

Cara penyediaan:

  1. Bersih dan bilaskan Blueberry.
  2. Toskan Blueberry bersama 1/2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil jus lemon.
  3. Gaul-gaulkan Bluebery hingga sebati dan pastikan tiada ketulan tepung yang tinggal.
  4. Panaskan oven 190°C.
  5. Pukul telur dan gula dengan mixer pada kelajuan tinggi lebih kurang 5 minit sehingga bancuhan sebati dan pekat.
  6. Masukkan sour cream, minyak, vanilla, garam dan pukul dengan mixer pada kelajuan perlahan hingga sebati.
  7. Ayak sekali tepung dan baking powder didalam mangkuk. 
  8. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan sambil dikacau rata dengan spatula.
  9. Akhir sekali masukkan jus dan parutan lemon dan kacau rata hingga sebati dengan spatula.
  10. Tuangkan separuh bancuhan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar dan ratakan dengan spatula.
  11. Letakkan separuh kandungan Blueberry dan ratakan.
  12. Kemudian tuang separuh lagi bancuhan ke atas Blueberry dan ratakan.
  13. Letakkan separuh lagi kandungan Blueberry dan ratakan hingga menutupi bancuhan.
  14. Bakar selama 55 minit.
  15. Setelah dibakar, keluarkan daripada oven dan biarkan kek berada dalam pan selama 20 minit.
  16. Kemudian bolehlah dikeluarkan daripada pan dan biarkan sejuk pada suhu bilik atau boleh terus dihidangkan.
  17. Taburkan gula icing di atas kek sebelum dihidangkan.
Tips:
Kalau hendak membuat separuh bancuhan, bahagi dua bahan-bahan tersebut dan gunakan pan bersaiz 7".

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...