PAVLOVA



Resepi Pavlova

Bahan-bahan:

5 biji putih telur
250g gula icing - di ayak
1/2 sudu kecil cuka
1 sudu besar tepung jagung - di ayak

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 200°C
  2. Oleskan minyak sayuran pada loyang dan letakkan kertas pembakar.
  3. Pukul putih telur dengan electric mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan berbuih.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil mixer terus berputar pada kelajuan tinggi.
  5. Apabila adunan menjadi putih berkilat, hentikan mixer.
  6. Kemudian masukkan cuka dan tepung jagung ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula perlahan-lahan (dalam 5 pusingan)
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan ikut bentuk yang diingini (tekan-tekan tetapi jangan terlalu mampat)
  8. Setkan suhu oven kepada 150°C dan bakar selama 50 minit.
  9. Apabila sudah masak, biarkan di dalam oven dan pintu oven dibuka sedikit sehingga pavlova sejuk.
Bahan-bahan untuk Whipping Cream:

250ml whipping cream
2 sudu besar gula icing

Cara penyediaan:
  1. Pukul whipping cream sehingga kental menggunakan electric mixer pada kelajuan tinggi.
  2. Masukkan gula sambil mixer terus berputar 
  3. Apabila sudah kembang, hentikan mixer.
  4. Kemudian sapu dan ratakan whipping cream ke atas pavlova. *Terbalikkan pavlova dengan berhati-hati untuk dapatkan permukaan rata
  5. Hias dengan buah-buahan kegemaran (sebolehnya guna buah yang masam-masam seperti strawberry, kiwi, peach etc.)





No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...