Showing posts with label SOUP. Show all posts
Showing posts with label SOUP. Show all posts

KAI SI HOR FUN


Resipi Kai Si Hor Fun

Bahan-bahannya:

Sisa & tulang - daripada 1 ekor ayam
1 ketul dada ayam - saiz besar 
300g udang - saiz sederhana besar
2 paket kueyteow halus
2.5 liter air
1 sudu kecil lada sulah
Garam & gula secukup rasa
Bawang goreng
Daun kucai & taugeh
Kicap cair
Cili merah

Cara penyediaan:
  1. Masukkan sisa dan tulang ayam ke dalam periuk besar, tuangkan air, masukkan lada sulah dan rebus selama sejam dengan api sederhana kecil.
  2. Bersihkan udang, keluarkan kulit dan kepala tetapi biarkan bahagian ekornya.
  3. Selepas 30 minit ayam tadi direbus, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan kepala dan kulit udang tadi.
  4. Goreng selama 10 minit hingga ianya menjadi garing.
  5. Kemudian masukkan gorengan tadi ke dalam periuk rebusan ayam.
  6. Masukkan juga dada ayam, tutup periuk dan perlahankan lagi api.
  7. Selepas 15 minit, buka penutup, keluarkan dada ayam dan biarkan sejuk seketika. Kemudian carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.
  8. Celurkan udang ke dalam air rebusan tadi dan ketepikan.
  9. Tapis air rebusan ayam ke dalam periuk lain, rebus lagi hingga mendidih.
  10. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tutup api.
Cara hidangan:
  • Celurkan kueyteow dah masukkan ke dalam mangkuk
  • Potong daun kucai dalam 2 inci dan celurkan bersama taugeh
  • Tuangkan kuah sup, masukkan ayam dan udang serta taburkan bawang goreng
  • Untuk menambahkan sedikit kepedasan, hiris cili merah dan campurkan bersama kicap cair





SUP TOMATO


Resipi Sup Tomato

Bahan-bahan:

1 batang karot - dipotong kecil-kecil
1 batang celery - dipotong kecil-kecil
1 biji bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dihiris
4 biji buah tomato - dibuang biji, potong 8 bahagian
1 tin tomato plum 400g
1 kiub stok ayam atau sayuran
3 cawan air panas
Garam
Serbuk lada hitam
Daun basil
Minyak zaitun

Cara penyediaan:
  1. Panaskan pan, kemudian masukkan karot, celery, bawang dan tuang 2 sudu besar minyak zaitun.
  2. Kacau sebati, tutup separuh pan dan biarkan selama 10 minit.
  3. Bancuhkan kiub ayam bersama air panas dan tuangkan ke dalam pan.
  4. Kemudian masukkan tomato dan tomato plum. Kacau sebati
  5. Biarkan sehingga mendidih, tutup pan dan perlahankan api.
  6. Biarkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan beberapa helai daun basil, kacau sebati dan tutup api.
  8. Tuang sup ke dalam blender dan kisar hingga lumat dan sup menjadi pekat.
  9. Bolehlah dihidangkan.


KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...