Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

THAI BASIL CHICKEN


Resipi Thai Basil Chicken

Bahan-bahan:

200g isi ayam - dicincang 
(boleh juga digunakan ayam kisar)
25g atau 1 cawan daun basil thai - dicincang kasar
(boleh juga digunakan sweet basil)
4 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris halus
(kalau nak pedas, boleh ganti dengan 4-5 biji cili padi)
1 sudu kecil kecil chilli flakes (optional)
1 sudu besar Sos Seafood Adabi
1 sudu besar Kicap Lemak Manis Adabi
1 sudu kecil gula merah thai
(boleh ditukar dengan gula pasir)
Secubit lada hitam



Cara penyediaan:
  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan bawang.
  2. Bila bawang hampir layu, masukkan ayam. Goreng dan kacau ayam hingga ayam mengecut.
  3. Masukkan cili merah dan kacau sebentar.
  4. Masukkan sos seafood, kicap, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan daun basil dan kacau sebentar.
  6. Hidang bersama nasi dan telur goreng.


CHICKEN TERIYAKI


Resepi Chicken Teriyaki

Bahan-bahan:

1 sudu besar VHalia
3-4 ketul dada ayam, potong dadu 1"
3 sudu besar kicap lemak masin
2 sudu besar madu
2 sudu kecil pati sunquick
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kicap, madu, sunquick,   VHalia, minyak bijan ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Masukkan ayam, gaul sebati dan perapkan lebih kurang 30 minit.
  3. Panaskan minyak zaitun di dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, saute selama 6-8 minit sambil dibalik-balikkan.
  5. Keluarkan ayam dan masukkan lebihan sos perapan bersama mentega ke dalam pan.
  6. Apabila mentega cair, kacau sebentar dan masukkan kembali ayam tadi. 
  7. Kacau rata dan biarkan selama seminit.
  8. Kemudian boleh dihidangkan bersama nasi putih, mayonis, daun bawang dan telur separuh masak.


ROAST CHICKEN


Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan:


1 ekor ayam
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
3 ulas bawang merah - potong dua bahagian
3 tangkai daun thyme
1 biji lemon - potong empat bahagian
1 biji capsicum merah atau kuning - hiris bulat

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Bersihkan ayam dan toskan. 
  3. Campurkan dan gaul sebati semua bahan kecuali bawang merah, daun thyme dan lemon. 
  4. Lumurkan pada semua bahagian ayam.
  5. Tuangkan sedikit minyak zaitun atas casserole atau pan dan ratakan.
  6. Masukkan capsicum ke dalam sekeliling casserole atau pan. 
  7. Letakkan ayam yang telah dilumurkan tadi ke atas capsicum dengan bahagian dada ayam menghadap ke atas.
  8. Ikat kedua-dua kaki ayam dengan tali.
  9. Masukkan bawang merah, daun thyme dan lemon ke dalam ayam.
  10. Bakar selama 45 minit.
  11. Kemudian naikkan suhu oven kepada 230°C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
Bahan sayuran:

1 batang karot - kerat 2, kemudian potong lagi 4 bahagian memanjang
1 biji bawang besar - potong kiub 4 bahagian
3 biji kentang - potong kiub 4-6 bahagian
1 batang zucchini atau timun jepun - dihiris tebal

Cara penyediaan:

  1. Panaskan pan dan cairkan 2 sudu besar mentega.
  2. Sautee semua bahan sayuran lebih kurang 5 minit (masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam).
  3. Kemudian masukkan sayuran ke dalam casserole atau pan, 5 minit sebelum pembakaran ayam selesai.


SATE LILIT SERAI


Resepi Sate Lilit Serai

Bahan-bahan:


2 ketul dada ayam - buang tulang, ambil isi
8-10 batang serai

Bahan-bahan perapan:

1 paket perencah sayur goreng Adabi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun kucai - dicincang kasar

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam, potong kecil-kecil dan kisar isi ayam menggunakan food processor.
  2. Masukkan isi ayam bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. 
  3. Ambil sedikit adunan, kepalkan dan lilitkan pada batang serai.
  4. Perapkan dalam setengah jam.
  5. Goreng dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak zaitun hingga masak (sambil dibalik-balikkan sate).


AYAM PERCIK


Resepi Ayam Percik

Bahan perap:


1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan kuah:

2 kotak santan pekat
12 ulas bawang merah*
2 inci halia*
2 batang serai*
2-3 sudu besar cili kisar
Garam secukupnya
Gula merah secukupnya
1 keping asam keping
*dikisar

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bahan perap, lumurkan pada ayam yang telah dibersihkan dan ditoskan.
  2. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Masukkan bahan kuah kedalam periuk kecuali gula, garam dan asam keping.
  4. Masak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
  5. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  6. Sesuaikan rasa, tutup api dan keluarkan asam keping tadi.
  7. Bakar ayam sehingga separuh masak (Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu sekiranya mahu cepat masak).
  8. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah sekeliling ayam dan bakar seketika. 
  9. Balik-balikkan ayam dan lumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di sekeliling ayam.
  10. Bolehlah dihidangkan.

PAN GRILLED LEMON CHICKEN


Resepi Pan Grilled Lemon Chicken

Bahan-bahan perapan:


4-5 ketul peha ayam - dibuang tulang
4 sudu kecil serbuk cayenne
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan pan dengan api sederhana dan cairkan mentega.
  5. Masukkan ayam yang diperap dan masak selama 10-15 minit 
  6. Terbalikkan ayam dan masak lagi selama 10 minit atau sehingga ayam keperangan.
  7. Masukkan ayam ke dalam mangkuk atau pinggan besar.
Bahan Sos Lemon:

4 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak zaitun
1/2 cawan krim masakan
2 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan mentega dalam periuk dengan api kecil. 
  2. Bila mentega cair, masukkan semua bahan lain dan masak sehingga mendidih. 
  3. Tutup api dan tuangkan ke atas ayam dan *sayuran.
*Sayuran yang boleh dicelur dan dimasak bersama ayam - Buncis atau asparagus dan Lobak merah.
Hirisan lemon sebagai hiasan.

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...