CHOCOLATE BROWNIES


Resepi Chocolate Brownies

Bahan-bahan:

Bahan A: 
170g Dark Chocolate
90g Mentega
5 sudu besar Serbuk Koko
*Cairkan dengan kaedah double boil

Bahan B: 
100g Tepung Gandum
1/4 sudu kecil Garam
1/4 sudu kecil Baking Powder
* Ayak sekali

Bahan C: 
2 biji Telur
1 biji Kuning Telur
180g Gula Caster
1 sudu kecil Esen Vanilla
* Pukul telur dan gula dengan mixer sehingga sebati dan masukkan vanilla

Cara penyediaan:
  1. Mulakan dengan bahan A
  2. Panaskan oven 180°C
  3. Kemudian sediakan bahan C dan masukkan bahan A. Kacau rata dengan spatula
  4. Masukkan bahan B dan kacau rata dengan spatula hingga sebati
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar
  6. Bakar  selama 35 minit


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...