BAKED CORN PUDDING



Resipi Baked Corn Pudding

Bahan-bahan:

2 biji Telur
1 biji Kuning Telur
60g Mentega (dicairkan)
4 sudu besar Gula
1 cawan Susu sejat
3 sudu besar Tepung Jagung
1 tin Kernel Jagung Manis (tapiskan airnya)
1 tin Jagung Manis ala Krim

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C
  2. Sapukan mentega pada permukaan dalam mangkuk casserole.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur perlahan-lahan.
  4. Masukkan mentega cair, gula dan susu. Kacau rata.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan jagung manis dan jagung manis ala krim. Kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan bancuhan ke dalam mangkuk casserole.
  8. Bakar selama 50 minit.
  9. Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...