Showing posts with label MASAKAN CINA. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN CINA. Show all posts

KAI SI HOR FUN


Resipi Kai Si Hor Fun

Bahan-bahannya:

Sisa & tulang - daripada 1 ekor ayam
1 ketul dada ayam - saiz besar 
300g udang - saiz sederhana besar
2 paket kueyteow halus
2.5 liter air
1 sudu kecil lada sulah
Garam & gula secukup rasa
Bawang goreng
Daun kucai & taugeh
Kicap cair
Cili merah

Cara penyediaan:
  1. Masukkan sisa dan tulang ayam ke dalam periuk besar, tuangkan air, masukkan lada sulah dan rebus selama sejam dengan api sederhana kecil.
  2. Bersihkan udang, keluarkan kulit dan kepala tetapi biarkan bahagian ekornya.
  3. Selepas 30 minit ayam tadi direbus, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan kepala dan kulit udang tadi.
  4. Goreng selama 10 minit hingga ianya menjadi garing.
  5. Kemudian masukkan gorengan tadi ke dalam periuk rebusan ayam.
  6. Masukkan juga dada ayam, tutup periuk dan perlahankan lagi api.
  7. Selepas 15 minit, buka penutup, keluarkan dada ayam dan biarkan sejuk seketika. Kemudian carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.
  8. Celurkan udang ke dalam air rebusan tadi dan ketepikan.
  9. Tapis air rebusan ayam ke dalam periuk lain, rebus lagi hingga mendidih.
  10. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan tutup api.
Cara hidangan:
  • Celurkan kueyteow dah masukkan ke dalam mangkuk
  • Potong daun kucai dalam 2 inci dan celurkan bersama taugeh
  • Tuangkan kuah sup, masukkan ayam dan udang serta taburkan bawang goreng
  • Untuk menambahkan sedikit kepedasan, hiris cili merah dan campurkan bersama kicap cair





HAINANESE CHICKEN CHOP


Resepi Hainanese Chicken Chop

Bahan-bahan perapan:


4 ketul peha ayam - dibuang tulang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak bijan
5 ulas bawang putih - dicincang atau 1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar air
*1 cawan tepung ubi untuk salutan ayam

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung ubi dan salutkan ayam tersebut.
  5. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ayam secara deep-fry sehingga masak/ garing.
Bahan-bahan Sos:

1 biji bawang holland - dihiris
8 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos Worcestershire
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan  1/4 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan bawang, goreng hingga layu dan warna kekuningan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat. Tutup api.
Cara hidangan:
Di atas pinggan, letakkan;
  • Ayam yang telang digoreng tadi.
  • 1 biji tomato - potong 6 bahagian  memanjang.
  • 1/2 cawan kacang peas (frozen) atau mix-vegie - rebus sebentar dalam air mendidih kemudian toskan.
  • 1 biji kentang - potong 6 bahagian memanjang (rendam dahulu dalam air panas, toskan, kemudian goreng sehingga garing keperangan.
  • Tuangkan sos ke atas ayam.

CHILLI CRAB


Resepi Ketam Masak Cili

Bahan A: (dikisar)

4 hiris lengkuas
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 biji cili padi
5 biji cili merah
6 biji buah keras
1 sudu besar belacan (yang telah dibakar)
Air limau (1 biji limau)

Bahan B:

2 ekor ketam - dibersihkan dan dipotong 2 atau 4
5 sudu besar minyak
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil taucu
1/2 sudu kecil garam 
3 sudu besar gula
1 cawan air panas
2 biji telur

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
  2. Masukkan bahan A dan goreng sampai pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan bahan B dimulakan dengan sos tomato, taucu, garam dan gula. Kacau rata
  4. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan sebatikan.
  5. Tuangkan air panas dan tutup kuali dengan penutup.
  6. Biarkan selama 10 minit dengan api sederhana.
  7. Bancuhkan telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata dan sebatikan.
  8. Tutup api dan boleh dihidangkan.



UDANG & SOTONG KUNG PAO



Resepi Udang/ Sotong Kung Pao

Bahan-bahan:

300g udang atau 4-5 ekor sotong
5 biji cili kering, potong dua
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji capsicum hijau, potong sederhana kecil
1/2 biji bawang besar,  potong dadu
1/2 cawan kacang gajus (gunakan roasted cashew nut)
Daun bawang, potong 1 inci panjang

Bahan untuk sos: (bancuhkan dalam mangkuk)

2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil gula
1/4 cawan air

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan udang/ sotong.
  2. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan udang/ sotong. Kemudian terus tutup api.
  3. Biarkan udang/ sotong selama 1 minit. Angkat, tos dan ketepikan.
  4. Masukkan 2 sudu besar minyak dan 1 sudu besar minyak bijan dalam kuali. 
  5. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  6. Masukkan bancuhan sos, capsicum dan kacang gajus. Kacau selama 1 minit.
  7. Masukkan udang/ sotong. Kacau selama 1 minit.
  8. Masukkan bawang beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. 
  9. Kacau lagi selama 1 minit di atas api yang besar. 
  10. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.


KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...