Showing posts with label MASAKAN THAI. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN THAI. Show all posts

THAI BASIL CHICKEN


Resipi Thai Basil Chicken

Bahan-bahan:

200g isi ayam - dicincang 
(boleh juga digunakan ayam kisar)
25g atau 1 cawan daun basil thai - dicincang kasar
(boleh juga digunakan sweet basil)
4 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris halus
(kalau nak pedas, boleh ganti dengan 4-5 biji cili padi)
1 sudu kecil kecil chilli flakes (optional)
1 sudu besar Sos Seafood Adabi
1 sudu besar Kicap Lemak Manis Adabi
1 sudu kecil gula merah thai
(boleh ditukar dengan gula pasir)
Secubit lada hitam



Cara penyediaan:
  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan bawang.
  2. Bila bawang hampir layu, masukkan ayam. Goreng dan kacau ayam hingga ayam mengecut.
  3. Masukkan cili merah dan kacau sebentar.
  4. Masukkan sos seafood, kicap, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan daun basil dan kacau sebentar.
  6. Hidang bersama nasi dan telur goreng.


TOMYAM KELAPA MUDA KEPALA IKAN SALMON


Resepi Tomyam Kelapa Muda Kepala Ikan Salmon

Bahan-bahan:


Sebiji kelapa muda - ambil air & isinya
1 ketul kepala ikan salmon
2 cawan air
2 paket perencah tomyam Adabi
3 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili api merah
1 biji bawang besar - dipotong baji
4 sudu besar perahan air limau
1 biji tomato - potong 8 bahagian
Daun bawang
Daun ketumbar
Daun selasih

Cara penyediaan:

  1. Potong bahagian atas kelapa muda, keluarkan isi dan air kelapa. Asingkan dan ketepikan.
  2. Masukkan air kelapa dan air ke dalam periuk bersama perencah tomyam, cili api, bawang besar, serai dan lengkuas.
  3. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kepala ikan salmon.
  4. Tutup periuk selama 5 minit.
  5. Buka penutup, masukkan tomato, daun limau dan perahan air limau.
  6. Biarkan mendidih dan tutup api.
  7. Masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun selasih.
  8. Masukkan isi kelapa ke dalam buah kelapa.
  9. Kemudian masukkan bahan-bahan dan kepala ikan.
  10. Tuangkan kuah tomyam dan bolehlah dihidangkan.

RED RUBY DESSERT


Resepi Thai Red Ruby

Bahan-bahan:


10 biji Sengkuang Cina (Water Chestnuts)
1/2 cawan Tepung Ubi
3-4 sudu besar Air
Pewarna merah
5 ulas Nangka (optional) - dihiris halus

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit sengkuang cina dan rendamkan didalam mangkuk yang berisi air sejuk.
  2. Kemudian potong dadu kecil-kecil isinya.
  3. Campurkan isi sengkuang, air dan beberapa titik pewarna merah. Gaul rata dan ketepikan selama 15 minit. 
  4. Kemudian toskan dan gaul bersama tepung ubi atau boleh juga dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan goncangkan perlahan-lahan sehingga disaluti tepung. 
  5. Masukkan ke dalam penapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. 
  6. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung tadi.
  7. Masak sehingga sengkuang terapung ke atas permukaan air.
  8. Cedok sengkuang yang terapung menggunakan penapis dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk dan ais.
Bahan-bahan kuah santan:

200 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
Secubit garam
Sehelai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk kecil.
  2. Panaskan atas api hingga naik wap sahaja. Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur. 
  3. Tutup api dan sejukkan.
Cara hidangan:
  1. Kisar ais dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Toskan sengkuang yang direndamkan tadi dan masukkan bersama nangka.
  3. Tuangkan kuah santan dan bolehlah dihidangkan.

AYAM GORENG PANDAN



Resepi Ayam Goreng Pandan

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam
Daun Pandan
Lidi

Bahan-bahan perapan:

*2 batang serai
*5 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 5 biji cili padi
*dikisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci. Kemudian toskan.
  2. Masukkan ayam tadi bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  3. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam didalam peti sejuk.
  4. Sediakan daun pandan dan masukkan beberapa ketul ayam - bergantung kepada saiz daun pandan.
  5. Balut ayam tadi dengan pelbagai cara yang sesuai dan gunakan lidi untuk mengelakkan daun tadi terbuka.
  6. Kemudian bolehlah terus digoreng atau seelok-eloknya diperap lagi selama setengah jam.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak lebih kurang 4 - 5 minit. 
  8. Setelah di angkat dari kuali, toskan dulu lebihan minyak di atas kitchen towel.

MIANG KHAM


Resepi Miang Kham

Bahan-bahan untuk sos:

*100g Gula Merah
*100 ml Air
*(masukkan kedua-dua bahan dalam periuk dan masak sehingga gula cair)
1 sudu besar Sos Ikan 
1/2 inci Belacan (yg sudah dibakar)
5 biji Bawang Merah
1 inci Halia
1 inci Lengkuas
1/2 sudu besar Kerisek
1 sudu besar Tepung Gandum (di sangai)
1/2 sudu besar air Asam Jawa
4-5 biji Cili Padi merah

Cara penyediaan:
  1. Panggang dulu bawang merah, halia dan lengkuas sebelum dikupas kulitnya.
  2. Kemudian potong kecil dan kisar bersama belacan, cili padi merah dan air gula merah.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk bersama sos ikan, kerisek dan air asam jawa.
  4. Kacau perlahan dan masak di atas api kecil hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan tepung dan kacau perlahan sehingga kuah jadi pekat.
 Bahan-bahan Miang Kham:
  • Daun kaduk - dibersihkan
  • Bawang besar - dipotong dadu
  • Halia muda - dipotong dadu
  • Limau nipis - dipotong kecil-kecil
  • Cili padi merah dan hijau - dipotong kecil-kecil
  • Kacang tanah - di goreng dan ditumbuk kasar
  • Isi kelapa - dipotong halus dan nipis, kemudian di goreng separuh garing (boleh juga gunakan kelapa parut)
  • Udang kering - digoreng
Cara hidangan:
  • Sapukan sos diatas daun kaduk
  • Letakkan kesemua bahan-bahan di atas daun
  • Kemudian lipat daun (menutupi kesemua bahan)


KERABU SOTONG RANGUP BEREMPAH


Resepi Kerabu Sotong Rangup Berempah
(Untuk hidangan: 4 – 5 orang)

Ramuan:

8–10 ketul Sotong Rangup Berempah Subi
½ batang Timun, benih dibuang dan dipotong julienne
½ batang Lobak merah, di potong julienne
1 biji Cili merah, biji dibuang, dipotong julienne
Bunga kantan, dipotong separuh, dihiris kasar
½ biji Bawang Besar Merah, di hiris halus
3 biji Cili padi, dipotong halus
Segenggam Daun ketumbar, dihiris kasar (simpan sedikit untuk hiasan)  
Segenggam Suhun, direndam dalam air panas dan ditoskan
1 biji Limau nipis, diperah dan diambil jus
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi Crunchy Spiced Squid mengikuti langkah pada bungkusan. 
  2. Biar kering dan diketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar, gaulkan kesemua bahan-bahan bersama garam, gula dan air perahan limau nipis kecuali sotong
  4. Sebelum dimasukkan ke dalam pinggan, masukkan sotong dan gaul sebentar
  5. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang


SOTONG RANGUP PEDAS MASAK MASAM MANIS


Resepi Sotong Rangup Pedas Masak Masam Manis
(Hidangan untuk 4-5 orang)

Ramuan:

8–10 ketul Sotong Rangup Pedas Subi        
1 biji Bawang Besar Merah, dipotong 6 bahagian        
2 ulas Bawang putih, cincang halus        
1/2 - 1 cawan Nenas, dipotong kiub        
1/2 biji Capsicum hijau, dipotong kiub        
5 biji Tomato ceri, dibelah dua        
2 1/2 sudu besar Sos cili                
1 sudu besar Sos tomato        
1/2 sudu besar Sos tiram                
1/2 sudu besar Gula         
1/2 cawan Air                
1 sudu kecil Tepung jagung, dibancuh dengan 3 sudu besar air       
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi Crunchy Spiced Squid mengikuti langkah pada bungkusan. Biar kering dan susunkan di dalam pinggan
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan tuang air
  4. Bila mendidih, masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masukkan nenas, bawang besar, capsicum hijau, tomato ceri dan masak sebentar.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat
  6. Tuangkan sos masam manis ke atas susunan sotong tadi
  7. Taburkan hirisan daun bawang dan siap untuk dihidang


KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...