Resepi Nasi Ayam Hainan
Bahan-bahan Stok Ayam:
1 ekor ayam - potong 8 bahagian
6 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris kasar
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
1.5 liter air
Cara penyediaan:
- Di atas api sederhana, rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 20 minit)
- Kemudian angkat dan toskan
- Simpan air stok ini untuk memasak nasi.
Bahan-bahan Memasak Nasi:
3 cawan beras Basmathi Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit, kemudian toskan)
4 cawan air stok ayam
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1/2 sudu besar minyak bijan
Cara Penyediaan:
- Panaskan mentega dan masukkan halia dan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air stok ayam, garam dan minyak bijan. Kacau sebati.
- Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras.
- Masak sehingga nasi masak.
Bahan-bahan Perapan Ayam:
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap cair
2 inci halia - dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara penyediaan: Perapan dan Panggang
- Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan.
- Masukkan semua bahan dan ayam ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati.
- Perap sekurang-kurang 30 minit dalam peti sejuk.
- Kemudian bolehlah di bakar atau dipanggang atau pun digoreng di atas non stick pan tanpa minyak hingga garing.
1 sudu besar air perahan limau nipis
4 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos cili thai
5 biji cili merah - dibuang biji
2 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit garam
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan sehingga halus.
- Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Tutup api dan ketepikan
5 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil minyak bijan
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata
- Panaskan air stok ayam (tambahkan air sekiranya perlu)
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan bawang goreng dan daun bawang.
Bahan-bahan Kerabu Mangga dan cara penyediaan:
1 biji mangga muda hampir masak - disagat
1/2 biji bawang besar - dihiris
4 biji cili padi - dihiris
5 sudu besar kacang tanah - digoreng
1/2 cawan ikan bilis - digoreng (boleh lebihkan ikut kesukaan)
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Secubit garam
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Perahkan limau nipis, gaul dan bolehlah dihidangkan
Timun - dibuang kulit dan dipotong serong
Tomato - dipotong bulat
Salad
Daun bawang
Bawang goreng
No comments:
Post a Comment