Resepi Ayam Goreng Pandan
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam
Daun Pandan
Lidi
Bahan-bahan perapan:
*2 batang serai
*5 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 5 biji cili padi
*dikisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil lada hitam kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar minyak bijan
Cara penyediaan:
- Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci. Kemudian toskan.
- Masukkan ayam tadi bersama bahan perapan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam didalam peti sejuk.
- Sediakan daun pandan dan masukkan beberapa ketul ayam - bergantung kepada saiz daun pandan.
- Balut ayam tadi dengan pelbagai cara yang sesuai dan gunakan lidi untuk mengelakkan daun tadi terbuka.
- Kemudian bolehlah terus digoreng atau seelok-eloknya diperap lagi selama setengah jam.
- Panaskan minyak dan goreng hingga masak lebih kurang 4 - 5 minit.
- Setelah di angkat dari kuali, toskan dulu lebihan minyak di atas kitchen towel.
No comments:
Post a Comment