Resepi Pulut Dakap
Bahan-bahan:
500g beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar gula
Secubit garam
Sesikat pisang raja
Daun pisang
Tali rafia - untuk membalut ketupat
Cara penyediaan:
- Beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman atau pun sekurang-kurangnya 3 jam.
- Toskan beras sehingga kering.
- Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
- Kukus beras pulut hingga separuh masak lebih kurang 20 minit.
- Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.
- Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.
- Sentiasa kacau hingga garam dan gula hancur. Tutup api dan sejukkan sebentar.
- Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.
- Tuang santan tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan pulut.
- Santan tidak perlu tuang habis, sekadar cukup-cukup untuk melembabkan pulut. Jika terlebih boleh melembikkan pulut.
- Biarkan dulu sebentar lebih kurang 10 minit.
- Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak lebih kurang 25 minit.
- Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar dan sejukkan sebentar.
- Lap bersih daun pisang, potong lebih kurang dua saiz tapak tangan dan layurkan.
- dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.
- Letakkan pulut lebih kurang 2 sudu besar di atas daun pisang dan rata-ratakan sebesar tapak tangan.
- Pisang di belah dua dan letakkan di atas pulut. Kemudian gulungkan.
- Balut daun pisang seperti membuat lepat pisang.
- Dakapkan dua balutan dan ikat ketat dengan tali rafia 4 - 5 bahagian.
- Kukus semula pulut selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment