Resepi Hainanese Chicken Chop
Bahan-bahan perapan:
4 ketul peha ayam - dibuang tulang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak bijan
5 ulas bawang putih - dicincang atau 1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung ubi
4 sudu besar air
*1 cawan tepung ubi untuk salutan ayam
Cara penyediaan:
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Masukkan ayam dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Perapkan sekurang-kurang sejam di dalam peti sejuk.
- Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung ubi dan salutkan ayam tersebut.
- Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ayam secara deep-fry sehingga masak/ garing.
1 biji bawang holland - dihiris
8 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos Worcestershire
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
Cara penyediaan:
- Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan bawang, goreng hingga layu dan warna kekuningan.
- Masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat. Tutup api.
Di atas pinggan, letakkan;
- Ayam yang telang digoreng tadi.
- 1 biji tomato - potong 6 bahagian memanjang.
- 1/2 cawan kacang peas (frozen) atau mix-vegie - rebus sebentar dalam air mendidih kemudian toskan.
- 1 biji kentang - potong 6 bahagian memanjang (rendam dahulu dalam air panas, toskan, kemudian goreng sehingga garing keperangan.
- Tuangkan sos ke atas ayam.
No comments:
Post a Comment