Resipi Enchiladas Ayam
(Untuk hidangan: 5 keping Tortilla)
Bahan-bahan Sos Enchilada:
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil oregano kering
2 sudu besar tomato puri
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
Secubit serbuk kayu manis
Secubit lada hitam
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan kecuali minyak, tomato puri dan stok sayuran ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Panaskan minyak zaitun didalam periuk di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan campuran tadi dan masak lebih kurang seminit sambil dikacau sentiasa.
- Masukkan pula tomato puri dan kacau sebati.
- Kemudian perlahan-lahan tuangkan stok sayuran sambil dikacau sentiasa untuk menghilangkan ketulan-ketulan yang ada.
- Besarkan api hingga sederhana tinggi dan biarkan sehingga bancuhan mendidih.
- Kemudian kecilkan api dan masak selama 5 minit sambil di kacau sentiasa hingga sos menjadi sedikit pekat.
- Masukkan cuka, kacau rata dan tutup api.
- Rasa dahulu sos. Sekiranya kurang rasa, bolehlah ditambah secubit dua garam ke dalamnya.
400g isi ayam - dipotong kiub
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
100ml sour cream
1 cawan Cheddar cheese
1 cawan Mozzarella cheese
1/2 cawan daun ketumbar - dicincang kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk cili
1 biji cili hijau - dicincang
1 biji tomato - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
5 keping Tortilla - saiz 8 atau 10 inci
1 1/2 cawan Sos Enchilada
Cara penyediaan:
- Panaskan oven 180°C
- Goreng ayam didalam kuali non-stick dengan api sederhana panas tanpa minyak sehingga ayam menjadi kering.
- Masukkan bawang, sour cream, 1/4 cawan cheddar cheese, 1/2 cawan daun ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau rata
- Masak hingga cheese menjadi cair.
- Kemudian masukkan garam, 1/2 cawan sos enchilada, serbuk cili, tomato, cili hijau dan bawang putih. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah jadi pekat.
- Bahagikan ayam tadi sama banyak kepada 5 bahagian.
- Sapukan tortilla dengan sos dan letakkan ayam di atas tortilla. Kemudian gulung tortilla.
- Sapukan 1/3 cawan sos enchilada di atas permukaan casserole atau baking pan bersaiz 8x10 inci.
- Susun tortilla di dalam casserole/ baking pan.
- Tuangkan lebihan sos tadi ke atas tortilla dan taburkan dengan lebihan cheddar cheese dan mozzarella.
- Bakar (tanpa perlu ditutup casserole/ baking pan) selama 20 minit.
- Biarkan selama 10 minit, kemudian taburkan lebihan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment