PESTO BEEF LASAGNA


Resipi Pesto Beef Lasagna

Bahan-bahan Sos Pesto:

100g sweet basil - ambil daunnya sahaja
3 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan pine nuts atau walnuts - optional
4 sudu besar parmesan cheese
5 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor.
  2. Kisar hingga halus dan sebati. Ketepikan

Bahan-bahan Sos Daging Pesto::

400g daging kisar
1 biji bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar minyak zaitun
Sos Pesto
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak zaitun didalam periuk.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga bawang layu dan keperangan.
  3. Masukkan daging kisar yang telah dibersihkan. Kacau sebati dan biarkan 10 minit.
  4. Masukkan sos pesto, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
  6. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan 10-15 minit. Ketepikan

Bahan-bahan Sos Bechamel:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar parmesan cheese
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Panaskan susu didalam periuk kecil hingga hampir mendidih. Tutup api. Ketepikan.
  2. Panaskan pan dengan api kecil dan cairkan mentega.
  3. Masukkan tepung dan sentiasa kacau menggunakan whisk selama 2 minit.
  4. Tuangkan susu tadi dan kacau seketika hingga tiada ketulan tepung dan mentega.
  5. Biarkan sos hingga hampir mendidih.
  6. Masukkan parmesan, garam dan serbuk lada hitam. Kacau seketika dan tutup api. Ketepikan.

Bahan-bahan Lasagna:

Pan bersaiz 6" x 10"
Beberapa keping Lasagna
Sos Daging Pesto
Sos Bechamel
Mozzarella cheese
Parmesan cheese
Daun basil - dicarikkan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C
  2. Oleskan mentega pada permukaan dalam pan.
  3. Susun lasagna dalam pan hingga menutupi seluruh pemukaan.
  4. Masukkan sos daging pesto dan rata-ratakan.
  5. Tuang sos bechamel dan ratakan.
  6. Taburkan mozzarella di atas sos bechamel.
  7. Ulang proses hingga menjadi 3 lapisan.
  8. Pada lapisan terakhir, selepas ditaburkan mozzarella, tabur pula parmesan dan daun basil.
  9. Bakar selama 35 minit.
  10. Kemudian biarkan 15 minit pada suhu bilik dan bolehlah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...