Resepi Creamy Apple Cider Pan Grilled Chicken
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam - bahagi dua (potong panjang mendatar)
15-20 batang Asparagus
4 sudu besar Mentega - bahagi dua
2 sudu besar Minyak Zaitun - bahagi dua
8-10 biji Button Mushrooms - dihiris
1/2 biji Bawang Holland - dicincang
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sudu besar Daun Ketumbar - dicincang
Garam secukup rasa
Serbuk Lada Hitam secukup rasa
1 cawan Mozzarella Cheese
Bahan-bahan untuk Sos Apple Cider:
2 sudu kecil Mentega
2 sudu besar Bawang merah - dicincang
1/4 cawan Apple Cider
2 sudu besar Gula Merah
1/4 cawan Stok Daging
1/2 cawan Whipping Cream
Cara penyediaan:
Asparagus;
- Masak 6 cawan air dalam periuk hingga mendidih, masukkan 1 sudu besar garam.
- Bersihkan asparagus dan masukkan ke dalam periuk.
- Biarkan selama 2-3 minit, keluarkan daripada periuk dan ketepikan.
- Panaskan dan cairkan 2 sudu besar mentega dan minyak zaitun
- Masukkan cendawan dan goreng selama 5 minit.
- Kemudian masukkan bawang dan goreng selama 3 minit.
- Masukkan pula bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata dan biarkan selama 2 minit.
- Tutup api dan ketepikan.
- Tumbuk/ ketuk ayam perlahan-lahan sehingga ketebalan isi ayam menjadi setengah daripada ketebalan asal.
- Taburkan garam dan lada hitam di atas ayam.
- Panaskan dan cairkan 2 sudu besar mentega dan 1 sudu besar minyak zaitun di atas kuali leper.
- Masukkan ayam dan goreng selama 4-5 minit setiap bahagian (terbalikkan) dengan api sederhana.
- Tutup api, dan masukkan cendawan tadi ke dalam kuali leper. Ketepikan seketika sementara membuat sos.
- Panaskan dan cairkan mentega didalam periuk kecil.
- Masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
- Masukkan apple cider, gula dan stok daging. Kacau sebati.
- Masak sehingga mendidih dan kecilkan api.
- Biarkan sehingga sos menjadi setengah daripada kandungan asal. Ketika ini mentega akan mula berpecah dan naik ke atas permukaan sos.
- Masukkan pula whipping cream dan biarkan selama 2 minit hingga sos mendidih dan menjadi sedikit pekat.
- Tuangkan sos tadi kedalam kuali leper yang berisi ayam dan cendawan. Pastikan sos tadi menutupi ayam dan cendawan.
- Buka api sederhana, panaskan kuali selama 2 minit dan tutup api.
- Pindahkan kesemua bahan didalam kuali ke dalam casserole atau mangkuk tahan panas.
- Susun asparagus di atasnya dan taburkan mozzarella.
- Gunakan kaedah broil selama 3-4 minit sehingga mozzarella cair.
- Boleh juga gunakan torch untuk mencairkan mozzarella tersebut.
- Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment