Resepi Hummus
Bahan-bahan:
1 tin kacang kuda (425g Chickpeas)
- tos dan bilaskan
4 sudu besar jus lemon
4 sudu besar tahini
1 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar air
Secubit serbuk paprika
Cara penyediaan:
- Masukkan tahini dan jus lemon ke dalam food processor dan proses selama 30 saat.
- Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
- Masukkan pula minyak zaitun, bawang putih dan garam, kemudian proses selama 30 saat.
- Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan proses lagi selama 30 saat.
- Kemudian masukkan setengah dulu kacang kuda dan proses selama 1 minit.
- Kikis adunan yang terlekat dibahagian tepi food processor, sebatikan dan masukkan setengah lagi kacang kuda.
- Proses lagi selama 1 minit.
- Sekiranya hummus terlalu pekat, masukkan 2-3 sudu air dan proses lagi sehingga sekata (lebih kurang 30 saat).
- Kemudian bolehlah dihidangkan bersama minyak zaitun dan serbuk paprika.
No comments:
Post a Comment