CLOUD EGGS


Resepi Cloud Eggs

Bahan-bahan:

2 biji telur - asingkan telur putih dan kuning
Garam
Serbuk lada hitam
Parmesan

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 230°C.
  2. Letakkan kertas pembakar dalam loyang.
  3. Pukul putih telur dengan electric mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan
  4. berbuih.
  5. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan ke dalam loyang.
  6. Jadikan adunan bentuk bulat dan buat lubang ditengah-tengahnya dengan menggunakan sudu.
  7. Taburkan secubit garam, serbuk lada hitam dan parmesan.
  8. Bakar selama 3 minit.
  9. Kemudian keluarkan daripada oven dan tuangkan telur kuning ke dalam lubang pada adunan tadi.
  10. Sambung bakar 2 minit.
  11. Kemudian keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan semasa sarapan bersama baked beans, salad, beef salami atau roti bakar.



No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...