SOTONG VINDALOO


Resepi Sotong Vindaloo

Bahan-bahan:


5 ekor sotong
1 biji bawang besar - dicincang
4 biji tomato cherry - belah dua
1/4 sudu kecil biji lada hitam
2 sudu kecil gula merah
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak

Bahan kisar:

1/4 cawan cuka
4 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar serbuk cili (lebihkan kalau nak pedas)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk paprika
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil biji sawi

Cara penyediaan: 

  1. Masukkan kesemua bahan kisar didalam pengisar dan kisar sehingga lumat dan menjadi pes.
  2. Bersihkan sotong, tos dan keringkan.
  3. Masukkan sotong, pes dan 1 sudu kecil garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati dan perap selama setengah jam.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang dan goreng sehingga layu.
  5. Masukkan lada hitam dan sotong yang telah diperap tadi.
  6. Kacau rata, tutup kuali dan biarkan lebih kurang 3-4 minit. 
  7. Buka penutup, keluarkan sotong dan ketepikan.
  8. Masukkan gula dan tomato, kacau rata.
  9. Buka api sederhana besar, biarkan mendidih selama 2-3 minit sehingga kuah hampir pekat.
  10. Masukkan balik sotong, kacau rata sebentar dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.






No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...