BISKUT TELUR PUTIH


Resepi Biskut Telur Putih

Bahan-bahan untuk biskut:


220g Mentega

110g Sour Cream
3 biji Telur Kuning
315g Tepung
2 sudu besar Gula Caster

Bahan-bahan untuk meringue:


3 biji Telur Putih

200g Gula Icing
Walnut - untuk hiasan

Cara penyediaan biskut:

  1. Pukul telur bersama mentega, sour cream dan gula menggunakan mixer pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan sambil dikacau rata dengan spatula.
  3. Uli dengan tangan hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. 
  4. Kemudian letakkan doh di atas tempat yang rata yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
  5. Bahagikan kepada empat bahagian. Ketepikan seketika sementara membuat meringue.
Cara penyediaan Meringue:
  1. Pukul putih telur dengan mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan berbuih lebih kurang seminit.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil mixer terus berputar pada kelajuan tinggi lebih kurang 4-5 minit.
  3. Apabila adunan menjadi pekat dan putih berkilat, hentikan mixer.
Cara penyediaan biskut dan meringue:
  • Panaskan oven 180°C
  • Ambil satu bahagian adunan dan gulung memanjang hingga diameter menjadi lebih kurang 1 inci.
  • Kemudian potong 2 inci memanjang dan canaikan sehingga diameter menjadi lebih kurang 3 inci.
  • Letakkan satu sudu kecil meringue ditengah-tengah adunan.
  • Lipatkan adunan kepada dua bahagian.
  • Lipatkan kepada dua bahagian lagi.
  • Kemudian masukkan 3 ketulan kecil Walnut didalam meringue.
  • Letakkan adunan ke atas loyang leper yang telah di alas dengan kertas pembakar.
  • Bakar selama 25-30 minit.
  • Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Kemudian taburkan dengan gula icing.

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...