Resepi Udang Masala
Bahan-bahan:
300g udang
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 inci halia*
1 ulas bawang putih*
*dikisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji cili padi - di belah dua
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tomato puri
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak kelapa atau minyak sayuran
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk jintan manis sehingga naik bau.
- Masukkan bawang dan goreng hingga layu dan warna kekuningan.
- Masukkan pula bahan kisar, cili padi, serbuk kunyit, serbuk cili, tomato puri, garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
- Kecilkan api dan masukkan udang dan daun kari. Kacau rata
- Tutup kuali dan biarkan udang ¾ masak.
- Kemudian buka penutup, masukkan serbuk ketumbar, besarkan api dan kacau sehingga sebati.
- Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment