PUTU MAYAM PANDAN



Resepi Putu Mayam Pandan
(Untuk hidangan: 10 - 12 keping)
*Untuk menambahkan hidangan, bolehlah digandakan bahan-bahan adunan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras - disangai
*1 cawan air pandan
*kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak jagung atau minyak kelapa
Gula merah
Kelapa parut putih
Daun pisang atau plastik (disapu sedikit minyak)
Acuan maruku/ putu mayam

Cara penyediaan:

1. Panaskan air kukusan.
2. Panaskan air pandan hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak, kacau rata. Tutupkan api.
4. Selepas proses ini, terdapat dua cara untuk membuat adunan. Terpulang kepada pilihan masing-masing.                                                                                              
Cara 1; 
Selepas tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau berterusan hingga menjadi doh yang lembut.                                                           
Cara 2;
Selepas tutup api, tuangkan air panas perlahan-lahan kedalam mangkuk yang berisi tepung sambil dikacau berterusan hingga menjadi doh yang lembut.*untuk cara ini, air hendaklah dikurangkan menjadi ½ cawan.
5. Kemudian, semasa doh sedang panas, terus masukkan ke dalam acuan maruku (guna lubang yang paling kecil).
6. Tekan dan putar acuan dalam bentuk bulatan dan biarkan doh bertali itu jatuh di atas daun pisang/ plastik.
7. Pastikan air kukusan telah mendidih.
8. Susun dalam pengukus dan kukus selama 2-3 minit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih dan gula merah.

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...