CHEEZY FISH FILLET WRAPPED WITH BRAIDED PASTA





Fillet Ikan Berkeju Bersalut Pasta

Bahan-bahan:
(Untuk hidangan: 2 orang)

2 ketul Cheezy Fish Fillets Pacific West
150 ml susu 
Spaghetti
4 keping keju cheddar 
½ sudu kecil garam
2 sudu besar mustard
½ sudu besar chilli flakes
Tomato cherry 

Cara penyediaan:
  1. Rebus spaghetti dan toskan. Ketepikan.
  2. Goreng fillet mengikuti langkah pada bungkusan. Ketepikan.
  3. Cairkan mentega di atas pan.
  4. Masukkan susu dan kacau rata sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam, mustard dan chilli flakes dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan keju, biarkan sehingga cair dan kacau rata.
  7. Masak sehingga sos menjadi pekat.  
Cara hidangan:
  • Ambil spaghetti dan salutkan fillet sehingga menutupi fillet.
  • Susun di atas pinggan.
  • Tuangkan sos keju di atas balutan,
  • Taburkan sedikit chilli flakes dan hidangkan bersama tomato cherry


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...