BISKUT BADAM


Resepi Biskut Badam
(Untuk hidangan: lebih kurang dua balang biskut)

Bahan-bahan:

500g Tepung Gandum 
350g Mentega
2 biji Kuning Telur 
½ cawan Gula Caster 
2 cawan Serbuk Badam 
1 sudu kecil Vanilla Esen 
3 sudu besar Serbuk Koko

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven 180°C
  2. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk dan pukul rata dengan mixer. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. 
  3. Masukkan bahan-bahan lain kecuali serbuk koko. Jika adunan lembek, tambahkan tepung gandum. 
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dalam warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan serbuk koko. 
  5. Kacau rata dan uli sehingga sebati
  6. Ambil satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna coklat, bentukkan memanjang dan lekatkan keduanya. 
  7. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga keluar ke atas (dalam 1/2 cm) dan potong menggunakan benang tembaga.
  8. Susunkan adunan kedalam acuan empat segi yang telah di gris dengan mentega dan dialas dengan kertas alas.
  9. Bakar selama 15 minit.
Contoh acuan Biskut Badam


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...