FILET IKAN TEMPURA BERLAPIS BAYAM


Resepi Filet Ikan Tempura Berlapis Bayam dan Sos Hollandaise

Ramuan:

3 filet Filet Ikan Tempura Subi
2 cawan Baby Bayam
3 biji Kentang Jepun
3 biji Baby Karot

Cara-cara memasak:
  1. Goreng Subi White Fillet mengikuti langkah pada bungkusan. Ketepikan
  2. Kentang Jepun di rebus selama 10 minit atau sehingga empuk. Kemudian digoreng kering bersama sedikit mentega atas kuali sehingga keperangan
  3. Baby Karot direbus selama 5 minit. Kemudian di goreng kering bersama sedikit mentega atas kuali sehingga keperangan
  4. Baby Bayam di tumis bersama 1 sudu besar minyak zaitun bersama sedikit garam dan lada hitam selama 2 minit
Ramuan Sos Hollandaise:

100 gram Mentega
3 biji Kuning Telur
1 sudu kecil Mustard
1 sudu besar Jus Lemon

Cara-cara memasak:
  1. Cairkan mentega 
  2. Pukulkan kuning telur, jus lemon dan mustard dengan pemukul dawai di dalam  mangkuk yang diletak atas periuk dengan air mendidih pada api yang paling rendah. 
  3. Teruskan memukul sehingga campuran menjadi pucat dan berkrim.
  4. Tuangkan mentega cair dengan perlahan sambil memukul.
  5. Teruskan memukul sehingga sos menjadi pucat dan pekat.
  6. Tutup api, masukkan secubit garam dan sedikit lada cayenne
Cara-cara menghidang:
  1. Letakkan 1 kepingan filet di atas pinggan
  2. Taburkan bayam di atas kepingan filet
  3. Letakkan 1 lagi kepingan filet di atasnya
  4. Ulang langkah ke 2 dan ke 3
  5. Susun Baby Karot dan Kentang Jepun di sebelah susunan filet
  6. Tuangkan Sos Hollandaise di atas susunan filet
  7. Taburkan sedikit emping cili di atasnya




No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...