Resepi Beef Roll Ups
Bahan-bahan:
8-10 keping Beef Breakfast Streaky
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 batang Lobak merah*
1/2 biji Capsicum merah atau hijau*
1/2 batang Zucchini*
*dipotong julienne, 3 inci panjang
5 helai daun bawang - dipotong 3 inci panjang, dibelah pada setengah bahagian
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil Italian herb seasoning
Cara penyediaan:
- Perap streaky beef yang telah dilumur dengan garam, lada hitam dan sos worcestershire sekurang-kurangnya 30 minit.
- Di atas kuali leper, panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga naik bau/harum.
- Kemudian masukkan semua bahan-bahan halus kecuali daun bawang dan goreng lebih kurang 2 minit.
- Tambahkan italian herb seasoning dan garam. Kacau rata dan ketepikan
- Ambil streaky beef dan bentangkan atas pinggan
- Sapu dengan minyak zaitun
- Susun lobak, zuchini, capsicum dan daun bawang dalam anggaran sama banyak kesemuanya.
- Gulung streaky beef dan cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka semasa hendak menggoreng. Ketepikan
- Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana dan tuangkan sedikit minyak zaitun.
- Masukkan streaky beef tadi dan goreng sambil balik-balikkan sehingga masak atau hampir garing.
- Susun atas pinggan, keluarkan lidi dan tuangkan balsamic glaze di atasnya
2 sudu kecil mentega
2 sudu besar bawang merah - dicincang
1/4 cawan cuka balsamic*
*boleh digantikan dengan apple cider
2 sudu besar gula merah
1/4 cawan stok daging
Cara penyediaan:
- Panaskan mentega didalam periuk kecil sehingga cair.
- Masukkan bawang dan goreng hingga layu.
- Masukkan balsamic, gula dan stok daging. Kacau sebati.
- Masak sehingga mendidih dan kecilkan api.
- Biarkan sehingga sos menjadi setengah daripada kandungan asal. Ketika ini mentega akan mula berpecah dan naik ke atas permukaan sos.
- Tutup api dan tuang ke dalam mangkuk.
No comments:
Post a Comment