IKAN SIAKAP GORENG SAMBAL KICAP


Resepi Ikan Siakap Goreng Sambal Kicap

Bahan-bahan:


1 ekor ikan Siakap
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kisar Adabi
2 sudu besar kicap manis Adabi
1 sudu kecil kicap masin Adabi
1 sudu kecil air asam jawa Adabi
3 helai daun limau purut - dihiris halus
Garam
Gula merah
Daun ketumbar
Lobak merah - dihiris halus (optional)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan, lumur dengan garam, sedikit serbuk kunyit dan tepung ubi.
  2. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan kicap dan air asam jawa. Kacau sebati.
  6. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa dan sedikit air (jika sambal terlalu pekat).
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun limau purut dan kacau sebati.
  8. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  9. Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng. 
  10. Taburkan daun ketumbar dan hirisan lobak merah sebagai hiasan. 

2 comments:

  1. Assalam.
    salam singgah dr LiNa Pg.
    Happy Blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Tq kerana sudi singgah😆😆
      Btw..saya dah follow blog sis😉

      Delete

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...