Resipi Kanom Sai Sai
Bahan-bahan:
Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak
Daun pandan - carikkan 1-2 cm memanjang
Toothpick atau stapler
Lapisan luar
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung kacang hijau
4 sudu besar gula
Secubit garam
1/2 kotak (100ml) santan pekat
1 cawan air
Lapisan inti
1/2 cawan air pandan (3-4 helai daun pandan dikisar bersama air)
1/2 cawan tepung pulut
Inti
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula melaka
1/4 cawan air
Sehelai daun pandan - disimpul
Cara penyediaan:
Inti
- Masukkan air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak hingga gula melaka cair dan mendidih.
- Masukkan kelapa parut, gaul sebati dan masak hingga kelapa agak pekat.
- Tutup api dan ketepikan.
Lapisan inti
- Masukkan air pandan sedikit-sedikit ke dalam mangkuk yang berisi tepung.
- Bancuh tepung hingga adunan tidak melekat pada tangan. Ketepikan.
Lapisan luar
- Masukkan tepung beras, tepung kacang hijau, gula dan garam ke dalam kuali kecil. Gaulkan hingga sebati.
- Buka api kecil, masukkan santan dan air, kacau rata.
- Teruskan kacau supaya bancuhan tidak berketul.
- Setelah bancuhan menjadi sedikit pekat dan mula berwap dan meletup-letup, tutup api. Ketepikan.
Cara membalut:
- Letakkan daun pisang bersaiz kecil ke atas daun pisang yang bersaiz besar.
- Tuangkan satu sudu lapisan luar di atas daun pisang.
- Ambil sedikit adunan lapisan inti, leperkan pada tangan.
- Letakkan inti dan balut seperti bentuk bebola.
- Letakkan bebola inti atas lapisan luar diikuti dengan satu sudu lagi lapisan luar di atasnya.
- Balut dengan daun pisang dan daun pandan yang telah dicarikkan.
- Klipkan balutan dengan toothpick atau stapler.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.