NUTELLA FERRERO ROCHER OREO CHEESECAKE


Resipi Nutella Ferrero Rocher Oreo Cheesecake 
(untuk penyediaan pan 6")

Bahan-bahan:

1 pack Oreo 137g - ketepikan cream putih
2 sudu besar mentega - dicairkan
250g cream cheese - biiarkan pada suhu bilik
250g Nutella 
3-4 sudu besar Nutella - untuk topping
100g sour cream
1 sudu kecil gelatin
1 sudu besar air sejuk
5-8 Ferrero Rocher

Cara penyediaan:
  1. Oleskan mentega pada permukaan dalam pan dan lapik dengan baking paper.
  2. Kisar Oreo hingga halus dan gaulkan sebati dengan mentega.
  3. Masukkan ke dalam pan dan tekan-tekankan hingga padat.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Pukul cream cheese dengan mixer hingga gebu dan berkrim.
  6. Kemudian masukkan Nutella dan sour cream, adun hingga sebati.
  7. Tuangkan air sejuk ke dalam bekas yang berisi gelatin. Biarkan seminit.
  8. Kemudian cairkan gelatin tadi dengan menggunakan microwave atau double boiler.
  9. Tuang cairan gelatin ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan spatula hingga sebati.
  10. Keluarkan pan daripada peti sejuk dan tuangkan bancuhan ke dalam pan. Padatkan dan ratakan.
  11. Masukkan balik ke dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 3 jam.
  12. Cairkan Nutella di dalam microwave selama 30 saat.
  13. Tuang dan ratakan pada permukaan kek, kemudian letakkan ferrero rocher di atasnya.
  14. Boleh terus terus dihidang atau sebaik-baiknya dibiarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...