GRILLED SQUID SALAD WITH GINGER DRESSING


Kali ini DiTC akan berkongsi resipi Grilled Squid Salad Bersama Ginger Dressing menggunakan VHalia sebagai bahan utamanya.



Apakah VHalia?
GoodMorning VHalia 18 Bijirin adalah minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin penuh yang kaya dengan lima warna Fitonutrien serta halia yang berkualiti tinggi.
Selain itu, ia turut mengandungi 9 ramuan unik yang berkhasiat seperti;
  • Halia Buluh - Berbeza daripada halia biasa kerana Halia Buluh mempunyai aroma dan rasa yang pekat serta kaya dengan antioxida yang dapat memperbaiki penghadaman, memanaskan badan, meredakan loya, menggalakkan peredaran darah, mengawal diabetis, melambatkan penuaan, mengurangkan kejadian selsema dan anti-inflamasi.
  • Kurma - Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan dan baik untuk proses penghadaman.
  • Quinoa Merah - Sumber protein baik dan kaya dengan antioksida dan serat makanan yang tinggi bagi membantu pergerakan usus.
  • B-Glukan - Sejenis serat larut yang membantu menurunkan gula darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi.
  • Lesitin - Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung, meningkatkan fungsi dan perkembangan sel otak.
  • Lutien - Meningkatkan fungsi penglihatan.
  • Prebiotik Inulin - Adalah sejenis serat larut air bagi membantu pergerakan usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
  • Aquamin F - Membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Fibersol-2 - Merupakan serat larut air yang unik diperolehi daripada jagung. Dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan pergerakan usus, membantu mengawal gula darah, kolestrol dan tekanan darah.

GoodMorning mengeluarkan VHalia dengan 2 bekas berbeza iaitu dalam bekas tin dan juga dalam bentuk sachet.
VHalia ini bukan sahaja untuk diminum malah kita boleh jadikannya sebagai bahan dalam masakan terutamanya masakan yang ada penggunaan halia didalamnya, Kita tukar saja halia biasa yang biasanya perlu dihiris, diketuk atau dikisar dengan serbuk VHalia.



Resipi Grilled Squid Salad Bersama Ginger Dressing

Bahan-bahan Ginger Dressing:

1 sudu besar VHalia
3 sudu besar kicap lemak masin
5 sudu besar extra-virgin olive oil
1 sudu besar madu
2 sudu besar cuka
2 sudu besar air

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol atau balang kaca.
  2. Tutup penutup ketat-ketat.
  3. Goncangkan perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Boleh terus digunakan atau disimpan didalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Bahan-bahan Grilled Squid Salad:

3-4 ekor Sotong - saiz sederhana
1/2 batang Lobak merah - dipotong julienne     
1 biji Cili merah - biji dibuang, dipotong julienne 
5 biji Tomato Cherry - dibelah dua
1 batang Celery - dipotong halus
1/2 biji Bawang Besar Merah - di hiris halus       
Segenggam Daun ketumbar - dihiris kasar 
Segenggam Suhun - direndam dalam air panas dan ditoskan
Sedikit daun salad

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan sotong, asingkan kepala sotong dan rendamkan dalam air panas selama seminit.
  2. Toskan sotobgng dan perapkan seketika dengan 1 sudu besar Ginger Dressing.
  3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sotong.
  4. Goreng sambil balik-balikkan sotong selama 2 minit.
  5. Potong sotong kepada 3 atau 4 bahagian bergantung kepada saiz sotong.
  6. Masukkan sotong bersama bahan-bahan lain ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
  7. Tuangkan Ginger Dressing dan gaul bersama salad hingga sebati.
  8. Bolehlah dihidangkan.

Menarik kan penggunaan VHalia. Kalau nak tengok lagi resipi-resipi yang menggunakan VHalia sebagai bahan masakan, sila klik link dibawah ini. Selamat mencuba!!
https://goodmorning.com.my/recipes

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...