PINEAPPLE CARPACCIO


Resipi Pineapple Carpaccio

Bahan-bahan:

1 biji nenas - telah dikupas/ buang kulit
50g blueberry
50g strawberry - bersaiz kecil
20g daun pudina
4 sudu besar Greek-style coconut yogurt
1 biji limau nipis
Minyak zaitun

Cara penyediaan:
  1. Masukkan daun pudina ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  3. Tuang satu sudu kecil minyak zaitun ke dalam mangkuk yang berisi daun pudina tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan pula yogurt kedalam mangkuk yang lain.
  5. Tapis campuran minyak zaitun dan pudina ke dalam yogurt. Kacau sebati.
  6. Buang empulur nenas dan hiris nipis. Kemudian susun atas pinggan.
  7. Belah dua strawberry, taburkan atas buah nenas.
  8. Belah dua blueberry, taburkan atas buaah nenas.
  9. Perah limau nipis atas buah-buah tersebut.
  10. Taburkan sedikit daun pudina yg telah dihiris nipis.
  11. Akhir sekali, tuang sedikit minyak zaitun.
  12. Boleh dimakan dengan menyicah ke dalam yogurt atau tuang yogurt ke atas buah-buahan tadi.

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...