Resepi Cloud Eggs
Bahan-bahan:
2 biji telur - asingkan telur putih dan kuning
Garam
Serbuk lada hitam
Parmesan
Cara penyediaan:
- Panaskan oven 230°C.
- Letakkan kertas pembakar dalam loyang.
- Pukul putih telur dengan electric mixer pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan
- berbuih.
- Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan ke dalam loyang.
- Jadikan adunan bentuk bulat dan buat lubang ditengah-tengahnya dengan menggunakan sudu.
- Taburkan secubit garam, serbuk lada hitam dan parmesan.
- Bakar selama 3 minit.
- Kemudian keluarkan daripada oven dan tuangkan telur kuning ke dalam lubang pada adunan tadi.
- Sambung bakar 2 minit.
- Kemudian keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan semasa sarapan bersama baked beans, salad, beef salami atau roti bakar.
No comments:
Post a Comment