Resepi Ayam Panggang
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
3 ulas bawang merah - potong dua bahagian
3 tangkai daun thyme
1 biji lemon - potong empat bahagian
1 biji capsicum merah atau kuning - hiris bulat
Cara penyediaan:
- Panaskan oven 180°C
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Campurkan dan gaul sebati semua bahan kecuali bawang merah, daun thyme dan lemon.
- Lumurkan pada semua bahagian ayam.
- Tuangkan sedikit minyak zaitun atas casserole atau pan dan ratakan.
- Masukkan capsicum ke dalam sekeliling casserole atau pan.
- Letakkan ayam yang telah dilumurkan tadi ke atas capsicum dengan bahagian dada ayam menghadap ke atas.
- Ikat kedua-dua kaki ayam dengan tali.
- Masukkan bawang merah, daun thyme dan lemon ke dalam ayam.
- Bakar selama 45 minit.
- Kemudian naikkan suhu oven kepada 230°C dan bakar lagi 15 - 20 minit.
1 batang karot - kerat 2, kemudian potong lagi 4 bahagian memanjang
1 biji bawang besar - potong kiub 4 bahagian
3 biji kentang - potong kiub 4-6 bahagian
1 batang zucchini atau timun jepun - dihiris tebal
Cara penyediaan:
- Panaskan pan dan cairkan 2 sudu besar mentega.
- Sautee semua bahan sayuran lebih kurang 5 minit (masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam).
- Kemudian masukkan sayuran ke dalam casserole atau pan, 5 minit sebelum pembakaran ayam selesai.
No comments:
Post a Comment