Bahan-bahan:
200g isi ayam - dicincang
(boleh juga digunakan ayam kisar)
25g atau 1 cawan daun basil thai - dicincang kasar
(boleh juga digunakan sweet basil)
4 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris halus
(kalau nak pedas, boleh ganti dengan 4-5 biji cili padi)
1 sudu kecil kecil chilli flakes (optional)
1 sudu besar Sos Seafood Adabi
1 sudu besar Kicap Lemak Manis Adabi
1 sudu kecil gula merah thai
(boleh ditukar dengan gula pasir)
Secubit lada hitam
Cara penyediaan:
- Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan bawang.
- Bila bawang hampir layu, masukkan ayam. Goreng dan kacau ayam hingga ayam mengecut.
- Masukkan cili merah dan kacau sebentar.
- Masukkan sos seafood, kicap, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan daun basil dan kacau sebentar.
- Hidang bersama nasi dan telur goreng.
No comments:
Post a Comment