SPAGHETTI SARDIN


Resepi Spaghetti Sardin

Bahan-bahan:


1 paket spaghetti
1 tin sardin Adabi
1 paket perencah mee goreng Adabi
1 sudu besar cili giling Adabi
1/4 potong kobis - dihiris
1 biji cili hijau

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spaghetti sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit). 
  2. Tos dan ketepikan.
  3. Asingkan isi dan sos sardin.
  4. Keluarkan tulang daripada isi sardin
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Lenyek-lenyekkan isi sardin dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
  7. Kemudian masukkan cili giling dan perencah mee goreng. Kacau rata.
  8. Apabila telah naik minyak, masukkan kobis dan kacau rata lebih kurang seminit.
  9. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati.
  10. Hiris cili hijau, masukkan ke dalam spaghetti dan bolehlah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...