Resepi Kuih Cara Strawberry
(Untuk hidangan: 24 biji)
Bahan-bahan:
1 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
1/2 cawan Santan Pekat
1 1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam
Sedikit pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry
Jem strawberry
Buah strawberry - potong 4-6 bahagian
Alatan:
Acuan Kuih Cara
Cara penyediaan:
- Bancuh semua bahan adunan dan kacau sehingga sebati.
- Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan-ketulan tepung.
- Panaskan acuan Kuih Cara.
- Sapu sedikit minyak pada permukaan acuan.
- Masukkan bancuhan ke dalam acuan (sekadar hampir-hampir penuh)
- Biarkan seketika (dalam 30 saat) supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.
- Kemudian masukkan 1 sudu kecil jem strawberry dan letakkan beberapa potong buah strawberry.
- Tutup dengan penutup acuan atau tudung periuk.
- Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
- Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat.
No comments:
Post a Comment