AYAM GORENG HALIA


Resepi Ayam Goreng Halia

Bahan-bahannya:


1/2 ekor ayam – dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 1/2 inci halia - hiris memanjang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
2-3 biji cili padi - diketuk (untuk yang suka pedas)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk halia
Secubit serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit air
Daun bawang

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan campuran serbuk halia, kunyit dan garam selama setengah jam. (Kalau takda serbuk halia, boleh gunakan 2 inci halia yang ditumbuk).
  2. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. 
  4. Masukkan kicap, sos tiram, garam, cili padi dan sedikit air. Kacau rata.
  5. Bila sos sudah mendidih, masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan seketika. 
  6. Kalau sos terlalu kering, boleh tambahkan sedikit air.
  7. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan lada hitam. Kacau rata.
  8. Biarkan selama 1-2 minit. Tutup api.
  9. Bolehlah dihidangkan bersama taburan daun bawang.

No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...